Sememangnya pandangan masyarakat terhadap janda tidak berubah. Namun begitu, seseorang janda yang mempunyai pegangan agama yang kukuh boleh membawa kebahagiaan kepada keluarganya.
Janda juga lebih matang pemikirannya kerana mereka pernah mempunyai pengalaman berumah tangga sebelum ini.
Baru-baru ini viral di halaman TikTok, kisah yang telah dikongsikan oleh pemilik akaun peribadi @mira_rindiyani dan video ini dimuat naik pada Januari lalu.
Menurut wanita yang mesra dipanggil Mira, dia memaklumkan rumahnya diserbu oleh Jabatan Agama Islam pada jam 12.30 malam kerana menerima aduan berkhalwat.
Lihat video penuh itu dibawah:
Kini, video itu telah meraih sehingga 958.6 ribu tontonan, 40.8 ribu tanda suka dan 2 ribu komen di TikTok. Wanita ini telah menetap di kediaman tersebut bersama-sama lima orang anaknya kira-kira 14 tahun lalu.
Terdahulu dia sering berhadapan penghinaan termasuk dikatakan bersendudukan dengan lelaki bukan muhrim di rumahnya.
“Kurang ajar buat orang macam tu..”– tulis seorang netizen
Bercerita kepada mStar, kali pertama wanita ini diserbu ketika dia balik kampung dan suaminya cerita (kini bekas suami) pada waktu itu sedang mencuci kereta.
“Kali kedua ketika saya dengan suami keluar tinggal anak-anak dalam rumah. Anak-anak cerita apabila kami balik.
“Pada masa itu, serbuan pukul 9 pagi. Jadi fikir memang tak logik,” jelasnya kepada mStar.
Wanita ini juga kecewa dengan tindakan pihak penguatkuasa yang datang dengan van putih besar dan menarik perhatian jiran. Malahan, menyebabkannya mendapat malu.
Dia pernah bertanya kepada jirannya kenapa membuatnya begitu dan tidak habis mencari masalah dengannya, namun lain pula balasan jirannya.
“Aku nak engkau keluar dari kawasan perumahan ini,” ujar jirannya.
Dia juga tidak pernah bersemuka dengan jirannya kerana pertengkaran sering tercetus.
Rata-rata netizen memberikan komen terhadap tindakan jirannya yang mencetuskan fitnah dan bersimpati dengan keadaannya. Ada juga netizen yang berkongsi cerita mengalami situasi yang sama.
Berikut antara komen dari netizen: