Rakyat Malaysia tentunya mengenali penyanyi lagenda Malaysia, Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Meskipun, Allahyarham Sudirman telah meninggalkan kita semua 29 tahun yang lalu namun koleksi lagu-lagunya tetap disimpan kemas dalam memori.
Allahyarham Sudirman juga satu-satunya pemegang gelaran “Penghibur Nombor 1 Asia” pada tahun 1989, Malaysia sebelum kehadiran Siti Nurhaliza.
Beliau juga telah merakamkan 15 album studio, 52 album kompilasi dan puluhan lagu hitsnya. Tambahan pula, beliau memenangi pelbagai anugerah tempatan dan antarabangsa.
Walaupun suaranya tiada tandingan, seorang remaja lelaki yang sedang busking di kawasan sekitar daerah Muar, Johor baru-baru ini dikatakan mempunyai suara yang mirip dengan legenda itu.
Remaja lelaki ini baru sahaja berusia 19 tahun bernama Arish Mikael bin Kamarulzaman atau lebih mesra disapa Arish.
Dia bersama sebuah band bernama Melakar dan dilihat selalu menyanyi di sekitar Muar terutama di Laman Maharani dan hentian Bas Bentayan.
“Lengok Sebutan Perkataan “Bersama” memang best.. “ ujar netizen.
Menurut perbualannya bersama portal Lobak Merah, Arish memberitahu dia bukan sahaja menjadikan nyanyian sebagai hobi tetapi juga sebagai sumber pendapatan untuknya. Rata-rata netizen memuji remaja ini dan memberikan komen positif di halaman Faceook.
“Masyaallah. Best suara. Uniq sgt suara sudirman ni,” komen netizen lain.
Selain itu, remaja ini mengakui ‘busking’ dapat membantunya untuk mencari diri sendiri, belajar berhadapan dengan orang ramai dan mengasah bakat nyanyiannya..
Apabila ditanya mengenai suaranya, Arish berkata dia langsung tidak menyedari bahawa suaranya seakan lagenda Malaysia itu. Namun, dia juga tidak menafikan bahawa Sudirman memang seorang yang hebat, tiada tandingan dan wajar dijadikan sebagai sumber inspirasi bagi bakat-bakat muda di luar sana.
Sudirman Is One And Only
“Saya lebih suka dikenali sebagai Arish. Walau bagaimanapun, Sudirman is one and only,” kata Arish.
Aris juga memiliki 7 ribu ‘follower’ di halaman Instagramnya. Awalnya, remaja ini memilih menjadi pemuzik dan pengisi suara latar dalam koleksi musik mereka. Walau bagaimanapun, disebabkan dia sering busking, dia dapat melihat pelbagai ragam manusia dan mempelajari sesuatu.
Remaja ini berharap dapat terus mengembangkan bakatnya dan menghiburkan rakyat Malaysia dengan caranya yang tersendiri.
Berikut antara komen netizen di halaman Facebook: