Badak air memegang tangga ke 3 mamalia tanah. Badak air atau dikenali sebagai hippopotamus amphibious banyak menghabiskan masanya dengan berendam di dalam air.
Haiwan besar yang beratnya boleh mencecah sehingga tiga tan ini memang dikenali sebagai herbivor, namun kadang-kala,ia juga dilaporkan membunuh dan memakan haiwan lain.
Badak air betina melahirkan anak dalam jangka masa dua hingga tiga tahun. Sebelum dan selepas melahirkan anak, ibu badak akan mengasingkan diri dalam tempoh masa 10 hingga 44 hari bersama anaknya dan akan melindungi anaknya selama 12 bulan.
Sama seperti mamalia lain, badak air juga menyusukan anak mereka namun apa yang membezakannya ialah susu badak air berbeza dengan semua mamalia.
Susu badak air berwarna merah jambu, perkara ini disebabkan spesis mamalia ini merembes 2 jenis asid unik yang dipanggil “asid Hipposudoric” dan “asid Norhipposudoric”. Kedua-dua asid ini diberi nama atas perkataan Hippopotamus.
Asid Hipposudoric mempunyai warna kemerah – merahan yang dikenali sebagai ‘Blood Sweat’ – hipposudoric, merujuk kepada Spesies peluh. Manakala asid Norhipposudoric berwarna oren terang. Kedua – dua asid ini berfungsi sebagai pelindung matahari untuk kulit mereka sekali gus mengurangkan pertumbuhan bakteria.
Asid ini akan tergabung bersama susu ketika badak air memerah susu mereka dan secara tidak langsung gabungan itu akan menjadi warna merah jambu.
Badak air merupakan satu – satunya mamalia berwarna merah jambu.
Sumber: Factslist