Aliff Channel
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
No Result
View All Result
Home Lifestyle Motivasi

5 Tanda Menunjukkan Anda Perlu Cuti Melancong

leav by leav
November 27, 2021
in Motivasi
tanda anda perlu melancong

Foto ilustrasi - Unsplash

0
SHARES
19
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Jujur bila kali terakhir anda pergi bercuti? Di dalam kesibukan, kita jangan lupa cuti tau.

Menurut ahli psikologi, percutian boleh mengurangkan tahap tekanan stres.

Percutian juga boleh mengurangkan keletihan yang boleh membawa kepada masalah kesihatan mental dan fizikal, jadi ia tidak boleh diabaikan.

Berikut adalah lima tanda bahawa anda mengalami keletihan yang berlebihan dan memerlukan percutian sebentar.

1 Kerap muncul perasaan negatif

Tanda pertama yang anda perlukan rehat dan bercuti ialah sukar mengumpul semangat untuk menyiapkan kerja.

Anda rasa semua orang dan segala-galanya tentang kerja mengganggu anda.

Jika fikiran negatif ini memasuki fikiran anda, mungkin anda benar-benar memerlukan percutian dan rehat yang cukup.

2 Banyak buat kesilapan

Sekali-sekala adalah perkara biasa tetapi jika anda terlalu kerap melakukan kesilapan, ini mungkin petanda anda memerlukan percutian atau hiburan.

ADVERTISEMENT

Apabila tertekan, fikiran akan menjadi tidak fokus dan sukar untuk memberi perhatian kepada banyak perkara. Jadi ini juga akan mengganggu prestasi anda.

3 Sukar untuk berehat

Selepas kita sibuk melakukan aktiviti harian, rehatlah yang kita perlukan.

Tetapi jika anda tidak boleh berehat selepas hari yang sibuk, ini mungkin bermakna anda mengalami keletihan yang melampau.

Tekanan berat yang anda alami inilah yang menyukarkan badan anda untuk berehat.

ADVERTISEMENT

4 Tiada semangat

Jika anda sering rasa cemas berlebihan di tempat kerja, badan anda akan mengeluarkan hormon tekanan yang datang dari fikiran anda.

Ini bukan sahaja menyerang anda secara mental tetapi juga fizikal, seperti tekanan darah meningkat, berpeluh, rasa pening dan juga rasa loya.

Ini sememangnya petanda anda perlu segera berehat untuk memulihkan tenaga.

5 Tidak teruja

Tidak semua orang suka pekerjaannya. Namun, jika anda mula-mula berkerja dahulu dengan penuh gembira, mengapa tiba-tiba anda tidak teruja untuk datang ke pejabat?

Kehilangan semangat untuk aktiviti atau pekerjaan yang anda sukai juga merupakan tanda tekanan stres.

Mengambil cuti atau berehat dari kerja adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh.

Bercuti bukan hanya bermaksud pergi ke suatu tempat, tetapi melakukan hobi, meluangkan masa untuk bertemu orang lain, membaca buku dan sebagainya adalah cara untuk berehat yang betul untuk memulihkan tenaga.

Tags: kerjatravel

Popular Minggu Ini

  • Jayakan Semula Watak Jack Sparrow, RM1.3 Bilion Ditawarkan Disney Untuk Johnny Depp

    Jayakan Semula Watak Jack Sparrow, RM1.3 Bilion Ditawarkan Disney Untuk Johnny Depp

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 35 Tempat Menarik Di Janda Baik Untuk Bersantai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ini Sebab Mengapa Kerusi Pawagam Ditengah Paling Selesa Bila Menonton Wayang

    283 shares
    Share 283 Tweet 0
  • Dual Monitor – Bukan Sebab Bangsawan, Tapi Produktiviti Berganda

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 9 Cadangan Minyak Wangi Wanita Tahan Lama, Buat Lelaki Terpikat!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Aliff Channel merupakan laman media atas talian yang menyediakan informasi dan produk terkini merangkumi;- tips, informasi, lifestyle, netizen, hubungan, hiburan, travel, kesihatan dan lain-lain.


A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved