Memanggil kekasih anda dengan nama sayang seperti ‘baby’, ‘sayang’ atau ‘love’ mungkin perkara biasa.
Walau bagaimanapun harap maaf, nama haiwan yang dimaksudkan di sini bukanlah haiwan peliharaan tapi sebenarnya nama panggilan manja jika diterjemah secara terus dari bahasa inggeris adalah ‘pet’s name‘ atau nama haiwan peliharaan.
Malah, penyelidikan menunjukkan bahawa panggilan menggunakan pet’s name atau nama manja ini membuat pasangan bertahan lebih lama.
Memetik laman Independent pada Selasa (15/1/2019), melalui tinjauan yang dilakukan oleh Superdrug Online Doctor terhadap 1,026 orang dewasa.
Mereka mendapati bahawa orang yang memanggil pasangan mereka panggilan nama haiwan membuat kepuasan perhubungan melonjak sebanyak 16 peratus di Amerika Syarikat dan 9 peratus di negara Eropah.
Para peserta sendiri berumur 20 dan 71 tahun. Mereka harus mempunyai hubungan romantis selama sebulan atau lebih. 49 peratus daripada responden adalah Eropah dan 51 peratus adalah Amerika.
Mereka menyatakan bahawa penggunaan pet’s name ini boleh memberi manfaat untuk memupuk keintiman antara pasangan dan meningkatkan hubungan emosi. Rajin-rajinlah panggil nama pasangan dengan nama manja ya, sahabat Aliff Channel!