Mengawal Kehadiran Lipas? Lipas sememangnya sangat menjijikan lebih-lebih lagi banyak merosakan harta benda. Ramai di antara kita sangat takutkan lipas walaupun ia berbadan kecil namun ia juga sangat menakutkan. Kadang kala ‘spray’ sahaja tidak mencukupi untuk mengahalau lipas.
Disini ada beberapa tips untuk mengelakan dari lipas untuk bersarang atau membiak di kediaman anda. Dengan langkah pencegahan, lebih baik daripada membunuhnya, kan? Melalui laman animhosnan.blogspot.com, ada 6 cara untuk menghalang lipas daripada terus berada di persekitaran rumah kita.
Langkah Mengawal Kehadiran Lipas
1. Kentang
Pertama sekali anda boleh mengambil kentang (Solanum tuberosum) yang dijual dikedai dan kemudian merebus ubi kentang sampai masak. Apabila sejuk buangkan kulitnya dan kemudian dilenyekkkan sehingga lumat dengan menggunakan sudu.
Ia kemudian perlu dicampur dengan serbuk penaik (Baking Soda) dan seterusnya digaulkan sehingga rata dan sebati. Bentukkan kentang tersebut berbentuk bulat macam guli dan letakkan ditempat ada lipas. Lipas yang ada dikawasan itu akan makan dan akhirnya mati.
2. Buah Lemon
Buah Lemon (Citrus limon) merupakan sejeni buah limau yang mudah didapati dan dibeli dari kedai di negara kita. Buah lemon dijual dalam bentuk muda berwarna hijau atau kuninh terang untuk yang cukup masak.
Buah ini mengandungi asid citrik dan aroma yang kuat dimana ia sering digunakan dalam makanan dan minuman untuk menambahkan keenakannya. Bagaimana pun sebenarnya buah ini sesuai diguna untuk mengawal lipas. Ambil buah lemon dan hiriskan kemudian letak hirisan buah lemon tersbut ditempat selalu ada populasi lipas.
3. Timun
Timun (Cucumis sativus) merupakan sejenis sayur buah yang banyak ditanam dan dijual dipasar malam dan hypermarket. Timun termasuk dari sayuran jenis buah yang kedua terpopular selepas cili. Buah timun yang masih muda digunakan sebagai ulaman dan dimakan mentah dimana ada juga timunyang dimasak atau dibuat acar atau jeruk.
Timun tua pula ditanam untuk dijadikan bahan sayuran sup dikalangan penduduk tempatan atau masakan asam ikan patin tempoyak. Timun mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dankarbohidrat sebanyak 2.2%. Selain itu timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1,vitamin B2 dan vitamin C. Bagi tips mengawal lipas sebaiknya ambil bahagian hujung atas dan bawah potongan timun dan letakkan dilokasi ada lipas. Cara ini akan menyebabkan lipas beredar.
4. Daun Pandan
Daun Pandan (Pandanus odorus) merupakan tumbuhan yang menghasilkan aroma yang sangat kuat. Pokok pandan mudah hidup dimana sahaja jika dijaga dengan baik mampu bertahan lama. Ia juga mudah dibeli dikedai runcit. Kebanyakan surirumah akan menanam pandan disekeliling rumah dalam pasu atau atas tanah.
Selain ia digunakan sebagai bahan masakkan, pandan juga dijadikan bunga rampai, menghilangkan bau bueuk dalam kereta dan sebagainya. Tips ke 4 menghalau populasi lipas adalah dengan meletakkan beberapa helai daun pandan dalam lokasi dimana ada banyak lipas. Lipas akan ‘lari’ jika ada daun dan bau pandan.
5. Buah Pelaga
Buah pelaga (Elettaria cardamomum) merupakan sejenis buah yang dihasilkan dari tumbuhan kategori rempah ratus dari keluarga ZINGIBERACEAE yang banyak digunakan dalam masakan masyarakat kita di Malaysia. Terdapat dua jenis buah pelaga yang dikenalpasti iaitu Jenis Pokok Pelaga Sri Lanka dan Jenis Pokok Pelaga Malabar. Varieti Sri Lanka adalah jenis liar yang mempunyai biuah berbentuk bujur (oblong) , daun lebar dan ada jalur dibahagian batang dengan biji berwarna coklat kehitaman.
Varieti Malabar atau var. codamomom pula merupakan jenis yang dikomersilkan dengan buah sedikit kecil tetapi mempunyai aroma kuat dari jenis Sri Lanka. Dalam mengawal populasi lipas sebaiknya ambil buah atau biji pelaga dan tabur dilokasi dimana sering ada populasi lipas. Aroma dan bau buah pelaga akan menyebabkan lipas beredar daripada kawasan tersebut.
6. Sabun mandi
Sabun mandi (Shower soap) merupakan bahan yang selalu digunakan untuk membersihkan badan kita semasa mandi. Sabun mandi dijual dalam dua bentuk sama ada bentuk pepejal atau bentuk cecair. Kebanyakan sabun mandi dicampur dengan pelbagai pewangi atau aroma untuk menyegarkan dan haruman.
Sesetangah sabun madi juga dikategorikan sebagai sabun berubat (medicated soap) uantuk rawatan. Sabun mandi bentuk pejal ini sesuai digunakan untuk menghalau lipas. Caranya dengan ambil sabun mandi dan potong kecil-kecil dan kemudian diletakkan ditempat ada lipas.
Semoga tips-tips ini bermanfaat untuk anda mencegah lipas daripada merebak dan jangan lupa untuk membaca artikel seorang yang menternak lipas untuk dijadikan hidangan.