Tahukah anda, minum susu kunyit badam madu mampu membuatkan kulit wajah berseri secara semula jadi dari dalaman wanita. Dengan khasiat susu kunyit badam madu ini, banyak memberi kebaikan kepada kaum wanita terutamanya untuk mengurangkan sakit ketika datang bulan, mengurangkan stress dan mampu mencegah dari terkena kanser payudara.
Mengamalkan susu ini, akan menampilkan wajah berseri dengan kesan ‘pinkish’ yang di sukai oleh kebanyakan wanita. Amalan minum susu kunyit badam madu juga mampu mengawal tahap kolestrol dalam badan dan meningkatkan daya ketahanan badan iaitu imunisasi badan.
Selain itu, dalam menjaga kecantikan wanita, mengamalkan minuman ini juga mampu melambatkan proses penuaan dan mengatasi masalah kulit yang berkedut dan menjaga kelembapan kulit wajah. Wajah anda akan cerah dalam masa yang terdekat!
Badam mencantikkan kulit
Selain dimakan, badam yang telah diekstrak minyaknya dapat membantu melegakan sakit dan lenguh otot, mampu memperbaiki kecerahan kulit, membuatkan wajah muda berseri dan mengurangkan lingkaran gelap jika digosokkan di kulit.
Khasiat madu untuk kecantikan dalaman
1. Memperlambat Penuaan
2. Mengatasi masalah kedutan
3. Menjaga kelembaban kulit
4. Mengatasi insomnia
5. Mencegah bakteria
12 khasiat kunyit bagi kesihatan
1. Mencegah Kanser
2. Merawat Arthritis
3. Mengawal Kencing Manis (Diabetes)
4. Mengurangkan Tahap Kolestrol Dalam Badan
5. Meningkatkan Kadar Imunisasi Badan
6. Menyembukan Luka
7. Mengawal Berat Badan
8. Mencegah Penyakit Alzheimer
9. Memperbaiki Sistem Penghadaman
10. Mencegah Penyakit Hati
11. Mencegah Sakit Jantung
12. Mengatasi Kemurungan
13. Mengempiskan perut
Memang banyak khasiat yang kita dapat perolehi daripada mengamalkan minuman ini. Ini merupakan cara untuk membuat minuman susu kunyit badam madu:
Bahan – bahan :
- Susu rendah lemak
- 1 inci kunyit ditumbuk kasar
- 2 sudu madu
- 3 biji badam ditumbuk kasar
Cara membuat:
- Panaskan susu masukkan kunyit hidup
- Kacau perlahan kemudian kemudian masukkan badam.
- Tuang susu dalam gelas, masukkan madu.
- Kacau dan boleh terus diminum.
Amalan
- Minum dua kali seminggu sebelum tidur.
- Boleh diamalkan waktu datang bulan.
- Jika mahu dijadikan minuman harian, jangan letak kunyit.