Pemberian hadiah kepada kekasih selalunya memberi maksud tertentu bagi menunjukkan perasaan cinta dan sayang. Dalam pemilihan hadiah pula, mesti pening hendak memikirkan apa yang patut dibeli untuk kekasih. Jika difikirkan, pembelian hadiah selalunya diberi atas minat seseorang itu.
Namun, tidak semestinya hadiah berdasarkan minat kekasih untuk menonjolkan rasa kasih dan sayang. Jika kekasih suka ayam goreng, takkan anda nak hadiahkan ayam goreng, kan? Seharusnya hadiah mesti ada sifat jangka masa panjang yang boleh di ingati.
9 Maksud Hadiah Dari Kekasih
1 Bunga
Bunga merupakan hadiah yang biasa diberikan dan menjadi salah satu pilihan utama kerana ia dianggap melambangkan sebuah hubungan yang romantis.Tetapi,jenis hadiah ini lebih bersifat sementara kerana lumrahnya bunga,bila tiba waktu pasti akan layu. Adalah amat membimbangkan jika cinta yang disemai juga bersifat sementara seperti bunga..
2 Coklat
Si dia sangat mengharapkan perhubungan yang baik, bahagia & gembira semanis cintamu (korang la tu). Harapan tinggi agar anda sentiasa jauh dari kesedihan kerana si dia ingin melihat anda gembira dalam kehidupan kerana itulah bahagia dalam hidupnya.
3 Perfume
Minyak wangi merupakan hadiah yang menjadi pilihan untuk diberikan kepada yang tersayang. Hadiah seperti ini sebenarnya mewakili perasaan ingin sentiasa berdua dan bersama. Jika kekasih anda memberikan hadiah ini,bererti dia berharap untuk selalu dapat berada disisi anda dan menganggap anda seorang yang memiliki pesona serta tarikan sensual yang tersendiri. Si dia juga menganggap anda sebagai seorang yang berpersonaliti dan seksi.
4 Kain/Pakaian/Tudung
Si dia mengharapkan kasih yang berkekalan & dekat selalu, si dia juga bangga mengenali anda serta ingin rakan2 & keluarga tahu yang anda adalah orang penting dalam hidupnya.
5 Bingkai gambar
Sentiasa merindui & tak ingin berjauhan, maksudnya bila terasa rindu si dia nak korang tengok hadiah gambar yang menjadi kenangan terindah tu. Selalunya, si dia mengabadikan kenangan dengan bingkai gambar yang terbaik punya!
6 Patung bear
Ada yang menganggap hadiah seperti ini sebagai pemberian yang keanak-anakan dan tak matang. Namun,sekiranya anda menerima hadiah patung bear yang tertera perkataan ‘I Love You’ terutama dibahagian dadanya,ia menunjukkan si dia seorang yang amat romantis. Si dia juga sebenarnya sentiasa menghargai perasaan anda dan sentiasa bimbang sekiranya hati anda akan terguris dan terluka kerana dirinya.
7 Telefon
Tandanya si dia tidak mahu berjauhan atau terputus hubungan dengan anda, si dia mahukan anda di bagi berada disisinya. Mudah merasa bosan tanpa anda menemaninya.
8 Lagu/Novel/Buku
Hadiah begini diberikan kerana mungkin mengikut kegemaran dan minat orang yang disayang. Andai anda menerima hadiah ini, fahamilah yang ia membawa maksud bahawa kekasih anda masih perlukan masa untuk lebih mengenali dan memahami diri anda. Si dia mahukan perhubungan anda dan dirinya berjalan dengan perlahan-lahan dan relak.
9 Cincin/Rantai leher
Kekasih yang memberikan hadiah berupa barangan perhiasan diri sebegini sememangnya amat menyintai dan menghargai kewujudan anda disampingnya.Ia menunjukkan si dia merasa amat bertuah dapat bersama-sama anda.Si dia juga memang serius dan ada komitmen dalam perhubungan anda berdua.