Bergambar nampaknya telah menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia, bukan? Menangkap gambar setiap saat pasti akan memberi kesan kenangan dan nostalgia buat semua orang. Tetapi, dalam mengambil foto juga tidak semudah yang dibayangkan.
Namun, ramai orang yang masih keliru dan tidak tahu bagaimana mahu mengambil gambar di hadapan kamera. Akhirnya sakit kepala apa jenis pose yang terbaik. Anda lebih baik melihat beberapa inspirasi daripada gaya foto BLACKPINK Rose berikut ini. Mudah je nak tiru ni!
1 Mengambil gambar dari kedudukan bawah akan membuat anda kelihatan lebih tinggi
Terutama jika anda membengkokkan salah satu kaki anda seperti yang dilakukan oleh Rose, pastinya menarik.
2 Berpose ala candid atau tidak melihat kamera
Ala candid seperti dilakukan Rose juga anda boleh tiru. Tunjukkan wajah tanpa ekspresi supaya candid akan kelihatan lebih nyata.
3 Pose comel dengan meletakkan tangan anda di bawah dagu
4 Selfie depan cermin
Tiada siapa yang akan duduk diam jika mereka melihat kaca besar dengan pencahayaan yang baik, bukan? Selain itu, ditambah pula dengan gaya OOTD yang menarik, ia pasti akan menjadi ohsem!
5 Gaya duduk berdiri
Di samping berdiri, anda juga boleh mengambil gambar dalam kedudukan yang dilakukan Rose seperti ini. Gaya pose ini boleh jika anda berada di bilik yang sempit atau lebih kecil!
6 Mengambil gambar dari arah belakang
Berdiri dengan menunjukkan pemandangan di depan mata anda seperti ini nampaknya sangat mudah untuk ditiru.
7 Gambar ketawa mata tertutup
Mengambil gambar dengan gaya ketawa pura-pura ini juga tidak salah untuk dicuba. Ia nampak seperti benar-benar lucu!
8 Bad girl vibes gittew!
Bermain dengan rambut anda ketika mengambil gambar seperti Rose ini akan membuat kesan yang sedikit seksi.
Semasa menunggu makanan utama tiba
Lebih baik mengambil gambar dengan minuman seperti Rose. Buatkan gambar makanan Instagram anda lebih bercitarasa!
Itulah beberapa inspirasi untuk gaya foto Rose BLACKPINK. Bagaimana? Semoga dapat memberi inspirasi kepada anda untuk berpose!