Bercinta dan berpisah itu perkara normal, jadi jangan terlalu tertekan jika anda sedang putus cinta. Anda bukan saha muang masa dengan mengenangkan kekasih lama, malah anda akan mula rasa tertekan dan menyalahkan diri anda. Adakah ianya berbaloi?
Ada sesetengah orang, apabila telah putus cinta, mereka akan mencuba cinta baru. Bagi mereka kenapa mahu lama bersedih, sedangkan boleh mencari teman baru dan berkongsi kasih.
Namun, ada sesetengah orang agak susah menerima perpisahan, rasa rindu dan rasa bersalah sering berlegar dalam fikiran. Selalunya wanita amat lemah apabila berkait isu putus cinta, bukan senang mahu melepaskan setelah bertahun lama menjalankan cinta
Bagi anda yang ingin kembali kepasa bekas kekasih anda, anda harus titikberatkan beberapa hal ini supaya hal yang tidak diingini kembali menghantui anda.
Berubah perangai
Kebiasaanya perpisahan itu terjadi kerana perangai yang mula berubah, biasanya ianya berlaku apabila keadaan itu sendiri berubah. Makin lama bercinta, makin pudar rasa cinta. Perangai mula berubah, layanan makin berubah kepada pasangan.
Jika benar anda jenis yang mudah berubah hati, sebelum berbaik semula dengan pasangan, tanya pada diri anda samaada anda bersedia berhadapan dengan cinta lama. Jangan nanti bila sudah berbaik hati mula berubah kembali dan rasa tawar hati. Jangan pentingkan diri dan nafsu sendiri sahaja ya!
Buang ego
Ada sesetengah pasangan berpisah kerana ego masing-masing, mereka rasa apa yang dilakukan dan keputusan yang dibuat selalu betul sahaja. Apabila bergaduh masing-masih dengan ego sendiri, cuba bertolak ansur dengan pasangan dan buang ego jauh-jauh jika anda mahu menjalinkan semula hubungan anda dengan pasangan.
Ingat! Sudah pasti pasangan anda sangat mengenali anda dengan baik kan? Usaha lebih sedikit dengan menunjukkan perubahan sikap itu, mengalah bila perlu ya!
Kurangkan bergaul dengan berlainan jantina
Jika sebelum ini masalah pergaulan menjadi punca anda berpisah, apa kata anda kurangkan sedikit aktiviti bersama rakan berlainan jantina. Jika anda mahu keluar kerana terpaksa, adalah lebih baik anda bagitahu kepada pasangan dan ajak dia sekali bertemu dengan rakan anda itu.
Setiap pasangan harus ada tolak ansur antara satu sama lain agar keharmonian sesuatu hubungan itu terjaga dengan baik. Buang ego dan mengalah bila perlua. Sering meminta maaf jika ada melakukan kesalahan, jika benar sayang, anda akan sanggup buat apa sahaja untuk pasangan. Sekian petikan dari wanista.com