Peradaban manusia tidak boleh dipisahkan dari teknologi dan perkembangannya. Beberapa perkara unik mula ditemui dan dibangunkan untuk memudahkan keperluan kehidupan kita.
Sudah tentu, ada beberapa teknologi canggih yang telah mula diwujudkan di persekitaran kita termasuklah di sekolah. Terbaru, sebuah sekolah di Perak pula tular kerana menggunakan teknologi pada tandas mereka.
Pelajar dari SK Tanah Hitam kini diwajibkan untuk scan kad pengenalan diri mereka sebelum masuk dan keluar dari tandas. Lihat maklumat yang dipetik dari laman Era.je berikut ini.
Touch N Toilet
Menggunakan teknologi Radio Frequency Identification (RFID), sistem yang dikenali sebagai ‘Touch N Toilet’ ini telah diperkenalkan sejak tahun lalu, membolehkan guru mengesan berapa kali pelajar mereka menggunakan tandas.
Selain itu, tandas mereka juga dilengkapi dengan kamera CCTV. Menurut guru besar SK Tanah Hitam, ini bertujuan untuk mengatasi gejala buli di kalangan pelajar, terutamanya dikawasan tersorok seperti dalam tandas.
Untuk makluman anda juga, beberapa minggu lalu, tandas di Terengganu diiktiraf sebagai tandas paling bersih di Asia Tenggara.