Aliff Channel
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
No Result
View All Result
Home Teknologi Gajet

6 Sebab Telefon Huawei Nova 3 Menjadi Pilihan Para Mobile Gamers

leav by leav
December 21, 2018
in Gajet, Games

youtube.com

132
SHARES
21
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Ketika ini, ramai orang yang menghabiskan waktu menatap telefon pintar mulai dari membaca artikel di laman sosial, menonton video di youtube, sehingga bermain video game yang ringkas dan malah permainan video memerlukan gajet yang berkuasa.

techtoyreviews.com

Ada beberapa tips bagaimana memilih telefon game yang berkualiti prestasinya dan tidak terlalu mahal harganya untuk digunakan bermain video game.

1. Pemproses dan GPU Turbo yang dimiliki pada telefon

myfixguide.com

Komponen utama yang perlu anda perhatikan dalam telefon pintar Huawei Nova 3 untuk bermain permainan adalah GPU Turbo yang disepadukan pada pemproses HiSilicon Kirin 970 dengan pelbagai komponen lain yang menyokong prestasi telefon pintar ini.

gizguide.com

Dalam memilih telefon pintar untuk permainan video, anda perlu memilih pemproses yang mempunyai GPU yang mampu memproses grafik dengan baik seperti GPU Turbo yang meningkat prestasinya sehingga 60% . Salah satunya, ialah Mali-G72 MP12 seperti yang ada pada Huawei Nova 3 yang disertakan dengan GPU Turbo ini. Anda dapat menjalankan pelbagai permainan dengan grafik yang tinggi dengan rasa selesa. Yang pastinya, Huawei Nova 3 yang disertakan GPU Turbo ini menjimatkan penggunaan bateri sehingga 30%.

2. Mempunyai hayat bateri yang baik

veibetos.gq

Pastikan anda memilih telefon pintar yang mempunyai hayat bateri tahan lama supaya boleh digunakan untuk bermain permainan video untuk jangka masa yang lama. Huawei Nova 3 ini dilengkapi kapasiti bateri 3750 mAh dan pengecasan pantas yang sangat sesuai untuk bermain permainan video dan dalam masa yang sama, perkongsian streaming gameplay anda tanpa was-was!

3. Mempunyai skrin besar dan selesa, berskala 6.3 inci + FullView Display 2.0 dengan FHD+ (2340 x 1080)

ungeek.ph

Walaupun mempunyai saiz skrin yang besar, menariknya Huawei Nova 3 tidak cepat kehabisan bateri. Selain itu, anda perlu memilih telefon pintar yang mempunyai resolusi yang baik supaya grafik yang dipaparkan cantik. Salah satu contoh jenis skrin yang kini mempunyai paparan yang terbaik.

4. Sistem operasi yang paling stabil

youtube.com

Dalam memilih telefon pintar untuk permainan video, anda mesti pasti memilih telefon pintar yang mempunyai sistem operasi yang stabil dan terkini untuk menyokong permainan yang anda mahu mainkan. Kekerapan kemaskini dari pembangun video games perlu anda pertimbangkan jika tidak mahu lagging atau aplikasi crashed ketika sedang bermain. Dengan chipset Kirin 970 (10 nm), Huawei nova 3 responsifnya menjadi sangat lancar, dan memberi anda pengalaman bermain permainan video yang terbaik, yang sudah pasti akan meningkatkan prestasi permainan video anda.

5. Sistem bunyi yang baik

YugaTech.com

Bermain permainan video memerlukan sistem bunyi yang baik dan jelas apatah lagi jika anda membuat streaming gameplay anda ke laman sosial. Kualiti audio, Histen 5.0 pada Huawei Nova 3 bukan sahaja sangat sesuai untuk permainan video, speaker juga sangat selesa dengan surround sound untuk mendengarkan muzik, menonton video, dan membuat panggilan video call.

ADVERTISEMENT

6. Harga sesuai dengan dompet anda

twitter.com

Yang terakhir sekali, memilih telefon pintar untuk permainan video pastikan memilih telefon pintar sesuai dengan belanjawan yang anda miliki. Tidak perlu harga yang mahal untuk memilih telefon pintar permainan video yang bersesuaian. Huawei Nova 3 ini dijual mulai RM 1699.00 di pasaran. Adakah anda juga seorang di antara mobile gamer? Permainan apakah yang menjadi kegemaran anda?

Untuk maklumat lanjut layari Huawei MY di facebook.

 

ADVERTISEMENT
Tags: gaminghuaweitelefon

Popular Minggu Ini

  • Wanita Kelihatan Lebih Tua Dan Hodoh Pada Setiap Rabu 3.30 Petang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Elakkan Masak Kangkung Tumis Campur 2 Bahan Ini

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jenis Darah Dan Golongan Paling Setia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tidak Hanya Rasa Mengantuk, Ini Bahaya Makan Kangkung Waktu Sahur

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 35 Tempat Menarik Di Janda Baik Untuk Bersantai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Aliff Channel merupakan laman media atas talian yang menyediakan informasi dan produk terkini merangkumi;- tips, informasi, lifestyle, netizen, hubungan, hiburan, travel, kesihatan dan lain-lain.


A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved