Jepun adalah salah satu negara di Asia yang terkenal dengan kemajuan teknologi dan pendidikannya. Negara ini juga dikenali sebagai pengeluar barangan elektronik yang produknya dieksport ke hampir seluruh dunia.
Oleh itu, tidak hairanlah bahawa negara Jepun mempunyai pendapatan yang besar daripada penjualan barangan elektronik ini. Rakyatnya yang keras bekerja dan berdisiplin adalah modal utama Jepun untuk mencapai kejayaan. Dalam artikel ini, aliffchannel.com menjemput anda menelusuri gaya hidup rakyat Jepun agar kita semua dapat maju seperti ini?
1. Orang Jepun tidak suka membazirkan wang
Malah negara ini direkodkan sebagai negara yang mempunyai kelewatan hanya tujuh saat setahun. Bagaimana dengan Malaysia? Asyik-asyik, ‘on the way!’ – sedang dalam perjalanan tetapi kenyataannya hmm.
2. Sangat berdisiplin terhadap perkara-perkara kecil, seperti berbaris contohnya
Pendidikan di Jepun menanam nilai-nilai ini dari kecil lagi. Malah di negara ini, dari tahap pertama hingga tahap ketiga, tumpuan pendidikan adalah pada etika supaya semua orang dapat hidup dengan orang lain. Disiplin di Malaysia adalah perkara yang biasanya melibatkan unit pakaian saragam sahaja. Bukannya mahu merungut, lihat sahaja tabiat rakyat kita ketika beratur, ketika di lebuh raya sahaja.
3. Walaupun tiada slogan, “Kebersihan sebahagian dari iman” mahupun “Amalan 5S” tetapi negara Jepun sangat bersih
Cuba bezakan negara kita yang sebenarnya mempunyai cogan kata seperti ini.
4. Walaupun pengeluar barang elektronik canggih tetapi rakyat Jepun jauh dari gaya hidup, ‘consumerism‘
Orang Jepun pandai memilih barangan yang dibeli. Mereka juga dikenali sebagai komuniti yang sangat berjimat-cermat. Sementara di Malaysia,ada saja produk elektronik baru keluar, serta-merta bergegas membelinya tanpa berfikir panjang.
5. Rasa malu apabila tidak mencapai prestasi terutamanya jika ditangkap sebab rasuah
Istilah harakiri (bunuh diri dengan menusuk pisau ke dalam perut) adalah budaya kuno masyarakat Jepun yang dilakukan oleh seseorang yang terbukti telah melakukan kesalahan berat atau gagal melakukan tugasnya. Di Jepun, apabila seseorang didapati mengamalkan rasuah, dia akan secara sukarela meletak jawatan kerana malu. Cuba bezakan dengan negara kita. Mungkin bagi rakyat Malaysia, rasuah adalah salah satu cara untuk menjadi seorang yang terkenal. Semoga rasuah akan berkurangan.
6. Menggunakan kesempatan waktu untuk perkara-perkara yang berkualiti seperti membaca buku
Ramai orang Malaysia juga rajin membaca, tetapi mungkin membaca status Facebook, WeChat, jika tidak mungkin Twitter
7. Rakyat Jepun terbiasa hidup berdikari. Walaupun pendapatan mereka besar tetapi sejak kanak-kanak Jepun dilatih untuk melakukan semuanya dengan sendiri
Di Malaysia pula, perkhidmatan day care sangat umum di kalangan ibu bapa.
8. Orang Jepun melindungi penghasilan negara mereka dengan menghormati petani tempatan
Untuk melindungi negaranya dari monopoli barangan asing, contohnya, seperti beras, kerajaan Jepun membantu golongan petani untuk menjual produk mereka dengan harga yang lebih rendah. Kerajaan menghadkan beras import sehingga beras tempatan masih dalam permintaan.
Di Malaysia, harga-harga barang tempatan masih lemah jika anda tertanya-tanya mengapa ada banyak padi dari luar negara yang beredar di pasaran walaupun Malaysia ada tanaman yang banyak.
9. Petugas kebersihan di Jepun dibayar gaji besar
Dikatakan bahawa penyapu sampah di jalanan atau pengumpul sampah dibayar gaji sekitar RM15,000-RM23,000 sebulan. Di sini kita semua dapat tahu bahawa kebajikan wira-wira kebersihan kita masih mendapat kurang keprihatinan.
10. Pendidikan adalah aset utama orang Jepun
Seorang guru di Jepun ditanya, “Apakah yang dimaksudkan pelajar menurut anda?”, jawapannya adalah, “Pelajar ini adalah masa depan Jepun”. Oleh itu, pendidikan adalah sesuatu hak yang mutlak bagi orang-orang di sana.
Di Malaysia, pelbagai usaha dilakukan untuk memperbaiki sistem pendidikan walaupun belum teragih sama rata sehingga sekarang. Cuba lihat keadaan di sekeliling anda, sudah tentu masih ada anak-anak yang sepatutnya pergi ke sekolah tetapi tidak, betul?
Perkara-perkara dikongsikan di atas sudah tentu tidak bermaksud menghina atau bagaimana tetapi budaya-budaya Jepun yang seolah-olah remeh itu boleh menjadikan mereka sangat maju seperti sekarang. Sudah tentu tiada salahlah jika kita cuba untuk melaksanakannya jika ia adalah untuk kebaikan bersama, setuju?