Penyanyi, pelakon, bintang iklan, MC, YouTubers, rasanya ramai juga yang mengenali diri Sandara Park. Gadis cantik yang mesra dipanggil sebagai Dara adalah bekas dari kumpulan 2NE1. Selepas kumpulan itu dibubarkan pada 2016, Dara menjadi lebih aktif dalam industri hiburan Korea. Dia mencabar dirinya sendiri dengan mencuba perkara-perkara baru yang boleh dilakukannya. Sikap positif Dara berjaya mengilhami ramai orang.
Bukan sahaja sikapnya, kata-kata yang diucapkan juga mampu memberi inspirasi kepada anda. Berikut adalah tujuh ayat atau petikan yang pernah dikatakan yang boleh memberi inspirasi kepada anda untuk berusaha lebih gigih lagi.
1. “Semua orang ada jatuh bangun dalam kehidupan mereka, saya rasa sudah tiba masanya untuk turun dari atas dan mula mencari peluang-peluang baru.”
Ini sama seperti anda membuat pelan lain untuk hidup anda, jadi apabila anda jatuh kemudian anda masih boleh berdiri tegak, kerana anda sudah mempunyai pegangan yang akan membantu anda bangkit semula. Anda hanya perlu bekerja keras sekali lagi untuk kembali naik ke dari kedudukan permulaan.
Tiada salahnya mencari peluang-peluang lain yang anda fikir yang anda boleh lakukan. Kerana kita tidak tahu bagaimana jalan kehidupan kita. Tanpa kita sedari, kita berada di kedudukan terendah.
2. “Masa tidak boleh dikembalikan, jadi jika anda membiarkannya berlalu tanpa melakukan apa-apa, ia akan menjadi terlalu sedih dan mendatangkan kekesalan.”
Lakukan segala yang anda boleh dan anda mahu dalam hidup anda ketika masih ada peluang. Masa tidak akan menanti anda dan akan terus berjalan. Jangan biarkan hari-hari tua anda dihabiskan dengan penyesalan perkara yang anda tiada masa untuk lakukan semasa zaman belia anda. Kerana masa tidak boleh diulang kembali.
3. “Perkara yang baik hanya berlaku apabila saya positif.”
Semua perkara yang baik akan berlaku jika anda berfikir secara positif. Pemikiran positif akan membuat anda melakukan semuanya dengan baik. Tenaga positif daripada anda akan membuat anda lebih bersemangat untuk hidup.
4. “Ya, saya tidak mempunyai apa-apa bakat. Itulah sebabnya saya bekerja keras.”
Sesungguhnya, semua orang dilahirkan dengan bakat yang ada padanya, tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Bakat juga tidak berguna jika anda tidak melatih atau mengasahnya. Oleh itu berusaha gigih adalah kunci utama.
Jangan sekali-kali menganggap bahawa anda tidak mempunyai bakat bermakna anda tidak berguna. Adalah tepat bahawa anda mesti mencuba dan menunjukkan bahawa anda boleh. Apabila orang di sekeliling anda bergerak satu langkah, anda perlu bergerak beberapa langkah di hadapannya. Kerana kejayaan bukan hanya bagi mereka yang berbakat, tetapi bagi mereka yang bekerja keras.
5. “Tiada apa-apa yang kekal selama-lamanya. Apabila ada pengakhiran, ada juga permulaan yang baru.”
Tiada apa yang kekal di dunia ini. Setiap permulaan akan sentiasa berakhir. Dan akan ada permulaan yang baru. Jadi, jangan takut jika anda gagal sekarang, kerana akan ada peluang baru yang menunggu anda jika anda terus mencuba.
6. “Ada beberapa orang yang mempunyai impian seawal usia, ada orang yang memutuskan apa-apa yang mereka mahukan namun pada kemudian dalam hidup mereka. Tiada sebab untuk rasa bimbang.”
Jangan risau jika pada masa ini anda masih tidak dapat menentukan impian sebenar anda. Ramai orang masih tidak tahu apa yang dia mahukan. Apa yang anda perlu adalah untuk mencuba segala yang anda boleh lakukan dan mengetahui apa yang anda inginkan, kemudian berusaha lebih gigih.
7. “Saya akan berani dan cuba melakukan yang terbaik seperti yang saya sentiasa lakukan.”
Melakukan semuanya memerlukan keberanian. Berani mencuba, berani bertindak, berani untuk menerima kegagalan dan berani untuk bangkit dari kegagalan. Sesuatu tidak akan menjadi sesuatu jika anda tidak melakukan apa-apa. Hanya lakukan apa yang anda boleh sekarang. Apa pun hasilnya kemudian, perkara yang paling penting ialah anda telah mencuba yang terbaik.