Kucing adalah haiwan peliharaan ramai, sejauh mana kita sayang akan haiwan peliharaan, tidak bermakna semua makanan yang kita rasa elok itu sesuai untuk diberi kepada haiwan peliharaan kita.
Malah, ada beberapa makanan-makanan ini yang kita rasa sesuai tapi sebenarnya berbahaya buat kucing. Berikut ini aliffchannel.com kongsikan makanan-makanan yang berbahaya buat haiwan kesayangan anda.
Bawang
Bawang dalam semua bentuk macam tepung, mentah, masak, atau kering – boleh memecahkan sel-sel darah merah kucing dan terkena Anemia. Dalam kuantiti sedikit adalah tidak mengapa, tetapi jika dalam kuantiti yang banyak atau jumlah yang kecil namun kerap boleh menyebabkan keracunan bawang yang membawa maut.
Susu
Rasanya setiap oarng pernah beri susu pada kucing bukan? Sebenarnya, tidak boleh memberi jenis sebarang susu disebabkan sistem pencernaan kucing lain daripada manusia. Kucing tidak boleh memproses susu yang ada lactosa seperti susu lembu. Tidak mengapa jika susu kambing dan disarankan kerana tidak mengandungi lactosa. Jika anda ke kedai haiwan, anda juga kena berhati-hati kerana, ada sesetengah susu yang dijual mengandungi campuran lactosa.
Alkohol
Beer, liquor, wine atau makanan/minuman yang beralkohol adalah dilarang sama sekali kerana boleh menjejaskan otak dan usus. Sebagai contoh, 2 sudu whisky boleh membuatkan kucing seberat 2 Kg+ koma atau 3 sudu sudah memadai membawa maut.
Anggur/Kismis
Telah terbukti anggur dan kismis boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang pada kucing. Muntah banyak kali dan hiperaktif adalah tanda-tanda awal. Ada sesetengah kucing tidak menunjukkan kesan yang buruk, tapi yang terbaik adalah untuk tidak memberi kucing anda sebarang kismis/anggur walau sekalipun.
Kafein
Kafein dalam kuantiti yang cukup besar boleh membawa maut untuk kucing. Paling membimbangkan, gejala keracunan kafein seperti gelisah, jantung berdegup laju, gegaran otot dan sawan. Kafein bukan hanya terdapat dalam kopi sahaja. Awasi minuman seperti koko, coklat, coke malah minuman tambahan tenaga seperti Red Bull.
Coklat
Coklat boleh membawa maut untuk kucing kerana dalam coklat ada theobromine yang bertoksik buat kucing. Theobromine terdapat dalam semua jenis coklat, termasuk coklat putih. Ini boleh menyebabkan degupan jantung yang tidak normal, menggigil , sawan dan kritikal membawa kepada kematian.
Telur mentah
Semua jenis telur adalah berbahaya buat kucing. Ada dua masalah dengan memberi telur mentah kat kucing. Pertama adalah kemungkinan keracunan makanan daripada bakteria seperti Salmonella atau E. coli. Yang kedua ialah protein dalam putih telur mentah, yang dipanggil Avidin. Ini mengganggu penyerapan Biotin B Vitamin yang boleh menyebabkan masalah kulit dan juga masalah dengan bulu kucing.
Hati
Memberi terlalu banyak hati boleh membuatkan kucing keracunan vitamin A. Hati boleh menjejaskan tulang kucing. Gejala yang mungkin terjadi termasuk pertumbuhan tulang yang cacat, dan osteoporosis. Keracunan vitamin A jugak boleh menyebabkan kematian.
Dough (Adunan Tepung)
Adunan tepung ini sifatnya mengembang. Ini akan mendatangkan masalah sebab perut kucing akan meregang dan menyebabkan kesakitan yang teruk. Selain itu, jika ada adunan tepung yang telah dicampur dengan alkohol, kucing anda terdedah pula dengan keracunan alkohol.
Ubat Manusia
Selalu konon bagi panadol untuk kucing demam, dan ini adalah kesilapan yang kerap dilakukan. Bahan-bahan seperti Acetaminophen atau Ibuprofen adalah biasa dalam ubat penahan sakit. Tanpa menyedari, ubat ini terbukti membawa maut buat kucing.
Sumber: Ceritakekucing.blogspot.com