Pada masa kini, perbelanjaan untuk telekomunikasi bukanlah lagi satu kehendak, tetapi satu keperluan penting untuk semua. Penggunaan pelan telekomunikasi boleh membawa kepada pembaziran jika anda tidak berhati-hati dengan penggunaan internet ataupun panggilan.
Tambahan pula dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, ramai mengira setiap senyang dibelanjakan bagi mengelakkan pembaziran. Sembang pasal pelan telefon, inilah dilemmanya. Apabila melanggan pakej pelan kecil, rasa tak mencukupi sementara bagi langganan pakej besar, rasa terlebih pula. Kadang-kala kita terbazir data internet sebab tidak digunakan dan keadaan ini boleh membuatkan kita berasa tidak senang duduk.
Rasa geram pastinya ada, oleh itu ramai pengguna rangkaian telekomunikasi kini lebih sensitif terhadap penggunaan data internet yang dilanggan. Alangkah bahagianya hidup kita jika ada pelan yang boleh diubahsuai mengikut penggunaan dan keperluan kita setiap bulan. Ciri apakah yang ada dalam pelan sebegini? Mari kita meninjau.
Kebebasan Pelan Mudah Alih di Tangan Anda
Andaikan anda boleh membuat pilihan, mengawal dan mengubahsuai sepenuhnya pelan mengikut keperluan dan penggunaan sendiri. Semuanya boleh dibuat secara dalam talian dan lebih “savvy” menerusi SATU aplikasi mudah alih. Mudah dan senang sekali, kan?
Lagi menarik apabila tiada caj tersembunyi, syarat-syarat perjanjian atau gimik. Di sini, anda boleh memilih seberapa banyak data internet, mesej atau panggilan yang diinginkan.
Contohnya, ada sesetengah pengguna cuma inginkan data internet tanpa mesej dan panggilan, sementara ada juga yang lebih suka bergayut dalam telefon dan SMS sepanjang hari tanpa membayar lebih untuk data internet yang tidak diperlukan. Selain itu, segala aktiviti serta interaksi bersama wakil perkhidmatan pelanggan senang dilakukan secara dalam talian atau menerusi aplikasi mudah alih yang anda muat-turun sahaja!
Jika berubah fikiran tentang penggunaan seterusnya, anda boleh mengubahsuai lagi pelan menerusi aplikasi berkenaan dan pelan itu akan diperbaharui pada bulan seterusnya. Langkah yang kemas dan senang kan?
Paling menarik, pelan mudah alih ini bercirikan hibrid, kerana ia bukanlah pelan PASCABAYAR atau PRABAYAR, malah tiada KONTRAK, semuanya dipaparkan dengan jelas dalam laman pemuka pengguna.
Untuk menikmati kemudahan pembayaran bil, dimana bayaran bulanan dibuat melalui fungsi pembaharuan pelan automatik, anda hanya perlu merekodkan butiran kad debit atau kad kreditdi dalam aplikasi tersebut sahaja. Malah, anda boleh menamatkan atau mengaktifkan semula pelan pada bila-bila masa, tanpa perlu membayar caj sembarangan dan caj penamatan kontrak.
Memperkenalkan Yoodo
Kini, Yoodo, sebuah pembekal perkhidmatan telefon mudah alih digital pertama yang boleh diubah suai sepenuhnya menjadikan kesemua ciri di atas satu kenyataan di Malaysia! Yoodo memberikan kuasa kepada pengguna untuk membuat pilihan dan mencipta pelan unik mengikut keperluan sendiri serta boleh mengubahsuai pada bila-bila masa sahaja. Cara mengendali pelan adalah mudah, fleksibel dan telus.
Yoodo – The Truly Customisable Mobile Service
Introducing Yoodo, the first truly customisable mobile service. Why play by the rules when you know #youdoitbetter?Get started now at www.yoodo.com.my!
Posted by Yoodo on Sunday, 28 January 2018
Yoodo menawarkan pakej panggilan, data, mesej serta kandunganyang boleh diubahsuai sepenuhnya mengikut keperluan anda dengan lebih kurang 1,000 kombinasi unik. Cipta dan ubah pelan anda mengikut citarasa sendiri dengan memilih jumlah minit panggilan, SMS serta data mengikut keperluan bulanan sendiri.
Aplikasi mudah alih Yoodo boleh disokong serta dimiliki oleh semua, bagi peranti iOS dan Android. Ada banyak lagi kelebihan ditawarkan oleh Yoodo termasuklah pendaftaran diri, penghantaran segera kad SIM, data tambahan untuk Facebook, Instagram dan Youtube dan perkongsian data (Tethering). Ia juga tidak memerlukan Jaringan Maya Privasi (VPN) serta kemudahan Portabiliti Nombor Mudah Alih (MNP) disediakan, dimana anda boleh mengekalkan nombor telefon lama dan berpindah terus ke Yoodo.
Paling syok tawaran buat kaki travel sekalian, anda boleh menikmati perkhidmatan ‘Roam Like Home’, dimana pakej data domestik anda boleh digunakan ketika membuat perayauan antarabangsa untuk 12 negara berikut – India, Sri Lanka, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Cambodia, Singapore, Indonesia, Philippines, Thailand, Laos dan Brunei.
Untuk ketahui lanjut tentang kehebatan Yoodo, sila kunjungi yoodo.com.my ataupun layari Facebook dan Instagram Yoodo.
Cubalah Yoodo dan jimatkan langganan pelan anda mulai sekarang. Alami pengalaman pengubahsuaian yang terbaik, kerana Yoodo percaya bahawa anda boleh melakukannya dengan lebih baik, #youdoitbetter!