Sayur sememangnya sumber makanan yang baik untuk badan, malah jika anda mengamalkan banyak makan sayur, badan anda akan susah untuk mendapat penyakit.
Namun, ada beberapa jenis sayur yang anda perlu kurangkan pengambilannya. Kerana ianya mempunyai kandungan gas yang tinggi. Sering kentut dan sendawa merupakan petanda yang badan anda mengandungi gas dan ia bukanlah sesuatu yang baik untuk tubuh anda.
Jenis sayuran yang perlu dikurangkan pengambilan
Menurut National Digestive Disease Information Clearinghouse, gas terjadi apabila anda menelan udara menerusi makanan atau proses pencernaan makan yang menghasilkan gas. Berikut ini 4 jenis sayuran berikut ini mengandungi gas tinggi.
1 Kacang buncis
Serat di dalam kacang buncis dan kacang hijau menjadi lembut seperti gel semasa proses pencernaan di dalam usus dan secara tidak langsung ia akan menyebabkan gas berlebihan terhasil.sayur ada gas yang tinggi, sayur berangin, sayur sesuai untuk kentut, sayur buang angin
2 Jagung
Perut manusia sukar untuk mencerna saturan berkanji seperti kentang dan jagung terutamanya jika dihidangkan dalam bentuk gorengan.
3 Bawang
Makanan yang mengandungi fruktosa seperti bawang akan menyebabkan gas berlebihan.
4 Kubis
Kubis termasuk dalam golongan ini kerana ia sukar dicerna, dan akan menghasilkan gas dalam jumlah yang besar dalam perut.
Selain itu, buah-buahan seperti epal, lai, dan juga buah plum mengandungi gas yag tinggi dan pengambilan buah ini secara berlebihan boleh menyebabkan cirit-birit.
Makanan-makanan lain yang turut merangsang kentut
Selain sayuran di atas, ada sesetengah makanan lain yang juga boleh merangsang angin kerana mengandungi gas yang tinggi, seperti:
5 Sayuran bergas tinggi
Kandungan gas dalam beberapa sayuran boleh menghasilkan gas dalam usus ketika sedang dicerna. Sayur-sayuran jenis ini adalah bawang yang mengandungi fruktosa, asparagus, brokoli. Juga sayur-sayuran yang mengandungi serat larut, seperti kacang boleh merangsang pembuangan angin.
Sayur-sayuran lain yang mengandungi gas adalah lobak, sayur sawi, nangka muda, dan sayuran mentah.
6 Buah-buahan yang mengandungi sorbitol
Sesetengah buah-buahan mengandungi gula yang dipanggil sorbitol. Gula ini boleh menyebabkan pengeluaran gas yang berlebihan, contohnya dalam epal, pear, dan pic. Selain buah, sorbitol juga boleh didapati pada gula-gula dan gula-gula getah turut boleh menghasilkan gas dalam sistem pencernaan. Selain buah-buahan di atas, buah-buahan lain yang mengandungi gas tinggi termasuk durian, nangka, nanas, dan cempedak.
7 Makanan yang mengandungi kanji
Makanan berkanji mengandungi karbohidrat tinggi yang boleh menyebabkan saluran pencernaan menghasilkan gas apabila kanji dipecahkan kepada tenaga. Makanan yang mengandungi pati tinggi, adalah roti, bijirin, dan pasta.
8 Gandum
Biji-bijian seperti oat, juga boleh menghasilkan pengeluaran gas yang berlebihan dalam saluran pencernaan. Ini kerana oat mengandungi kanji, gula rafinosa, dan juga serat larut tinggi.
9 Kacang merah
Kacang merah juga menjadikan saluran gastrointestinal menghasilkan gas berlebihan. Hal ini kerana kacang merah juga mengandungi gula rafinosa yang tinggi dan serat larut yang membuat saluran cerna menghasilkan gas dalam usus.
10 Susu dan produk tenusu
Susu dan produk tenusu mengandungi gula laktosa. Laktosa termasuk yang sulit dicerna dalam saluran pencernaan jika tubuh tidak mempunyai enzim laktase yang cukup untuk mencerna laktosa. Produk tenusu seperti keju dan aiskrim juga mengandungi laktosa yang boleh menyebabkan pengeluaran gas di dalam badan.
Pesakit dengan intoleransi laktosa harus mengelakkan makanan ini untuk mengelakkan pengeluaran gas yang berlebihan dalam saluran gastrousus.
11 Minuman bergas
Minuman berkarbonat mengandungi udara yang menghasilkan lebihan gas dalam sistem pencernaan. Fruktosa, gula yang digunakan sebagai pemanis dalam beberapa minuman ringan, juga boleh menghasilkan gas kerana sukar dicerna.
12 Pasta
Pencinta makanan Itali mungkin akan membenci perkara ini. Tetapi sebenarnya, pasta adalah salah satu hidangan lazat yang sebenarnya mencetuskan angin dan kentut yang berlebihan.
13 Makanan goreng
Selain minuman berkarbonat, makanan goreng kering harus dielakkan. Bukan hanya menambah kolesterol, penggunaan makanan goreng juga membuat kentut keluar yang berlebihan.
14 Pemanis buatan
Hampir semua pemanis tiruan menyebabkan kentut yang berlebihan. Oleh itu, elakkan coklat atau gula-gula, dan perhatikan juga komposisi dalam makanan ringan yang anda dimakan. Kerana pemanis buatan di dalamnya mungkin menyebabkan kentut.
Majoriti makanan penyebab kentut di atas adalah tergolong dalam himpunan makanan yang sihat. Ini tidak bermakna anda perlu mengelakkan makanan, kerana faedah pemakanan masih lebih tinggi daripada ‘kesan sampingan’.
Hanya saja, sekurang-kurangnya anda boleh bersiap menghadapi usus yang lebih ‘aktif’ selepas mengambil makanan bergas tinggi dalam jumlah yang cukup banyak.