Secara logiknya, memasak adalah sesuatu yang selalu dikaitkan dengan golongan wanita. Wanita sentiasa dipuji kerana bakat memasak mereka.
Tetapi pada masa kini kebanyakan chef di restoran dipenuhi dengan lelaki berbanding wanita.
Menurut kajian pakar, lelaki yang mempunyai kemahiran memasak dan pandai memasak adalah lelaki yang mempunyai ciri-ciri lelaki idaman setiap wanita, selain itu pastinya mereka kelihatan sangat setia dan seksi di mata setiap wanita.
Sebab lelaki yang pandai memasak menjadi pilihan utama dan kelihatan seksi di mata setiap wanita.
1 Lebih berjaya dan sangat kreatif
Kemahiran memasak memang memerlukan kreativiti. Mesti pandai mereka bentuk makanan dan menyesuaikan bahan makanan.
Jika seorang lelaki pandai memasak, dia adalah seorang yang digolongkan sebagai seorang yang berjaya dan kreatif.
2 Mempunyai perwatakan yang menarik
Menurut kajian pakar, wanita lebih tertarik kepada lelaki yang mempunyai kemahiran memasak yang hebat.
Malah mereka juga sangat menyukai ciri-ciri lelaki yang lebih gemar menyediakan kopi untuk diri sendiri berbanding lelaki yang hanya tahu minum kopi buatan orang lain.
3 Lebih berdikari dan mandiri
Wanita masa kini lebih cenderung dengan lelaki yang pandai membuat segala kerja rumah. Kebanyakan wanita sekarang sangat mementingkan kerjaya. Oleh itu, mereka amat memerlukan lelaki yang pandai memasak semasa ketiadaan mereka di rumah.
4 Lebih memahami dan lemah-lembut
bagi golongan wanita, lelaki yang pandai memasak, mereka mempunyai ciri-ciri sensitif dan lemah-lembut dalam personaliti.
Mereka secara semula jadi akan tahu apa yang pasangan mereka perlukan tanpa diminta. Lelaki seperti ini adalah lelaki yang lebih setia dan lebih penyayang.
Tidak bermakna wanita malas membuat kerja rumah seperti rutin sedia ada.
Kadangkala wanita juga memerlukan lelaki yang pandai menguruskan rumah tangga tanpa bergantung sepenuhnya kepada wanita.
Untuk era moden sekarang, ramai wanita yang mempunyai pekerjaan dan mereka perlu fokus pada kerja yang mereka minati.
Wanita hari ini tidak seperti wanita dahulu 24 jam di dapur.