Tidak semua faham bahawa wanita selepas bersalin memerlukan masa rehat yang cukup. Jika melarang tetamu datang melawat, nanti apa pula mereka cakap? Sedangkan wanita baru melahirkan perlukan masa rehat yang cukup untuk mengumpul tenaga yang sudah banyak hilang ketika bertarung nyawa melahirkan anak mereka.
Kadang kala hati menjadi serba salah, yang hanya mampu lakukan ialah tersenyum dan rela melayan tetamu yang datang melawat mereka sedangkan badan mereka belum mampu menanggung penat yang belum ditebus dengan cukupnya rehat.
Orang sekeliling seharusnya faham akan situasi ini, anda boleh melawat mereka, tetapi berilah sedikit waktu dan ruang kepada mereka untuk merawat tubuh mereka.
Masa peribadi untuk ibu baru bersalin
Tiada salahnya jika ingin mengucapkan tahniah dan melawat mereka, tetapi sebaiknya anda cuba bertanya kepada mereka, bilakah waktu yang bersesuaian untuk melawat. Adakalanya mereka selepas beranak ada melakukan aktiviti mengurut dan sebagainya. Jangan pula kedatangan kita mengangu aktiviti mereka.
Saudara mara terdekat harus memberi kerjasama dalam hal berpantang, kerana ianya adalah proses pemulihan buat ibu lepas bersalin. Rehat yang cukup adalah salah satu untuk mengembalikan tenaga si ibu. Jika rakan-rakan anda ingin melawat saudara anda yang baru lepas bersalin, boleh beri pendapat atau saranan bahawa selepas seminggu atau lebih jika mahu datang melawat, kerana sepanjang berpantang itu si ibu mampu rehat secukupnya sebelum dapat melayan tetamu yang hadir.
Adat sebagai tetamu juga perlu kita ambil berat, jangan datang saja ke rumah orang dan membuat bising, jika anda sudah tahu bahawa orang yang anda lawat itu adalah seorang ibu yang baru saja lepas bersalin, elakkan bertanya banyak soalan kepada mereka. Lagi-lagi baru saja sehari keluar hospital, anda terus mengajukan soalan bertubi-tubi, hingga penat pula si ibu menjawabnya.
Tidak semua orang akan bersetuju dengan cara ini
Sudah pasti budaya mereka tidak akan diterima oleh masyarakat Malaysia. Bayangkan apa yang mungkin berlaku jika ibu baru menghalau ibu mertua! Pasti ramai yang akan berasa sedih atau tersinggung! Namun keadaan si ibu dan juga tahap kesihatan juga perlu diambil kira. Kita hanya melihat dan tidak merasa. Bagaimana jika kita yang ada di tempat mereka. Cuba anda bayangkan.
Sumber: My.theasianparent.com