Pasti ramai dikalangan kita yang gemar duduk dalam keadaan bersilang kaki, bagi mereka duduk bersilang kaki tiada salahnya dan mereka selesa duduk sebegitu. Tanpa disedari, sebenarnya dengan gaya duduk pun boleh mempengaruhi kesihatan kita.
Jika anda antara orang yang gemar duduk sambil menyilang kaki, mungkin anda sudah boleh hentikan tabiat itu kerana berdasarkan beberapa kajian, duduk sambil silang kaki boleh memberikan kesan yang negatif kepada kesihatan badan kita. Tidak percaya? Jom kita lihat kesan-kesannya,
Tekanan darah menjadi tinggi
Duduk dengan kaki bersilang boleh menghalang peredaran darah. Darah di bahagian kaki perlu dipam untuk kembali semula ke jantung, tetapi disebabkan halangan itu, darah menjadi sukar untuk sampai ke bahagian jantung dan oleh itu, tekanaan darah akan meningkat. Umpama anda mengikat jari anda dengan getah, dan anda merasakan jari anda kebas. Situasi yang sama juga akan berlaku kepada tekanan darah anda jika terlalu lama duduk dalam kaki keadaan bersilang.
Menyebabkan sakit punggung dan leher
Duduk dengan menyilang kaki juga boleh menyebabkan punggung dan leher berasa sakit. Mungkin anda pernah merasakan sakit dibahagian leher, tetapi tidak menyangkakan bahawa ianya berpunca dari duduk bersilang kan? Selain itu juga, ianya akan membuatkan pinggul anda rasa kebas dan sakit. Menurut Vivian Eisenstadt, duduk dengan cara seperti itu boleh menyebabkan berlaku putaran pada bahagian tulang pinggul.
Tekanan terhadap tulang belakang
Jika anda terlalu kerap atau duduk terlalu lama dengan menyilang kaki, ianya akan memberi tekanan kepada tulang belakang anda. Itu bukan perkara yang bagus. Ia akan menganggu tugas seharian anda.
Kerosakkan pada saraf kaki
Pakar Penyakit Kaki, Richard Gaves menerangkan yang duduk dengan kaki bersilang akan memberi tekanan kepada saraf peroneal yang merupakan saraf utama di bahagian kaki. Tekanan itu, boleh menakibatkan kekebasan atau lumpuh sementara di sesetengah bahagian otot kaki.
Merosakkan pembuluh darah
Beberapa penyelidik mengatakan yang ‘varicose veins’ berpunca daripada beberapa sebab seperti genetik, mengandung, terdedah kepada cahaya matahari atau disebabkan oleh tabiat duduk terlalu lama. Namun, pakar jantung di Cedar Sinia Medical Center, Hooman Madyoon mengatakan yang sebaliknya.
Kerap duduk dengan kaki bersilang juga berpotensi menyebabkan varicose veins. Perlu diketahui yang jika duduk dalam posisi sebegitu, ia boleh menghalang darah dari mengalir di bahagian kaki dan akhirnya akan melemahkan dan merosakkan pembuluh darah di bahagian itu.
Sumber: Sajaheboh.com