Oleh kerana mahukan perhatian daripada rakan media sosial, kita kalau boleh semuanya hendak show off, sampaikan semua benda pun kita hendak bagitahu di laman sosial.
Kadang-kala benda yang hendak di kongsikan itu tidak memberikan faedah pun kepada orang lain. Mungkin status-status biasa tidak akan membuat orang lain rasa menyampah sangat melainkan beberapa perkara ini.
Masalah dengan pasangan
Seteruk mana pun hubungan anda, jangan sesekali melepaskan marah anda pada pasangan di laman sosial. Tak perlu nak beritahu semua orang yang anda sudah putuskan hubungan ataupun sedang bergaduh. Bukan semua yang rasa simpati, tetapi lebih kepada gembira melihat anda bergaduh. Ada juga yang menyampah sebab setiap setengah jam anda mengadu tentang pasangan anda di laman sosial.
Marahkan bos atau rakan sekerja
Jika anda ada masalah dengan bos ataupun dengan rakan sekerja, pastikan ianya selesai di pejabat sahaja. Jangan terbawa-bawa sampai ke laman sosial. Jadi la matang seiring dengan usia anda ya!
Memuat naik gambar rakan yang tidak senonoh
Kadang-kadang kita rasa buat benda ni untuk suka-suka. Nak bergurau pun ada batasan, jangan sampai memalukan rakan anda pula. Contohnya memuat naik gambar rakan anda tengah tidur bermandikan air liur basi. Ianya bukan membuatkan tekak orang lain loya melihatnya, malah akan memalukan rakan anda juga.
Perbualan peribadi
Kalau boleh semua perkara sweet anda dengan pasangan nak bagitahu dekat publik, sampaikan sanggup memuat naik gambar perbualan antara anda dengan pasangan. Tak perlu berlebihan. Cukup anda berdua sahaja yang tahu ya.
Maklumat peribadi ataupun maklumat sulit
Elakkan daripada berkongsi kesemua tentang diri anda, antaranya alamat rumah anda, lokasi mana anda sedang berada, sebab kita tidak tahu apa niat sebenar rakan-rakan laman sosial, ada yang berniat baik malah ada juga yang mempunyai niat yang tidak baik.
jaga diri sendiri dan elakkan dari meluahkan apa sahaja yang terbuku dihati. Seharusnya jika hendak mengadu, mengadu pada orang yang bersesuaian, dan paling penting mengadu pada Allah s.w.t.
Sumber: Hanasuva.com