Jika wanita sering di kaitkan dengan kecantikkan wajah dan juga bentuk badan, sehinggakan ada yang sanggup berhabis duit membuat pembedahan plastik untuk nampak lebih cantik dan seksi. Bahagian payudara dan juga pinggul menjadi kegilaan wanita.
Kini, ramai wanita terkejar-kejar untuk melakukan pembedahan plastik bagi membentuk lesung pipit palsu. Sememangnya mempunyai sepasang lesung pipit di pipi membuatkan anda nampak lebih cantik dan manis dipandang.
Kebanyakkan mereka yang ketagih dengan kecantikkan ini terpikat melihat kecantikkan pada artis-artis pujaan mereka. Antara artis yang memiliki lesung pipit yang dianggap sangat cantik dan menawan ialah model cantik Miranda Kerr, Preity Zinta dan pelakon Wawa Zainal.
Jangan terkejut jika prosedur bagi menghasilkan lesung pipit palsu hanya mengambil masa selama 30 minit sahaja di mana pakar bedah plastik akan membentuk otot pipi.
Otot itu kemudiannya dilekatkan dengan permukaan bawah kulit muka dan lesung pipit akan kelihatan apabila otot muka digerakkan. Ia bermakna lesung pipit itu hanya akan kelihatan apabila seseorang itu tersenyum. Kos bagi pembedahan membentuk lubang pada pipi itu berharga antara RM3,400 ke RM10,700.
Bagi mereka yang ketagih dengan kecantikkan, berapa sahaja sanggup dihabiskan, asalkan dapat hasil yang diinginkan. Asalkan anda mempunyai duit yang banyak dan mampu, apa sahaja ada mampu lakukan! Tetapi jangan pula sampai memudaratkan kesihatan anda ya.
Sumber: Hanasuva.com