Gel silika tak perlu diperkenalkan lagi kerana bungkusan kecil ini biasanya dibuang tanpa anda tahu apakah fungsinya yang sebenarnya. Sebaiknya anda tidak membuang paket gel silika yang terdapat di dalam kotak kasut, beg baru, dan juga di dalam botol vitamin anda.
Bahan yang terdapat pada gel silika ini berfungsi sebagai bahan yang mampu mengurangkan kadar kelembapan. Berikut antara kegunaan gel silika lain yang anda tahu:
Menghilangkan bau
Gel silika mampu menghilangkan bau hapak yang terdapat di dalam beg gym anda dan juga rak kasut.
Selamatkan telefon
Selamatkan telefon pintar anda yang terjatuh atau teredam di dalam air dengan meletakkan di dalam bekas yang dipenuhi gel silika.
Gambar lama
Letakkan paket gel silika di dalam kotak yang terdapat gambar-gambar lama boleh mengelakkan gambar-gambar tersebut dari melekat.
Pisau cukur
Simpan pisau cukur anda bersama paket gel silika kerana ini dapat mengelakkan pisau cukur tersebut dari cepat berkarat.
Barang make-up
Sekiranya bedak asas anda menjadi keras ataupun kandungannya tidak seperti anda mula beli, letakkan satu bungkus gel silika atau lebih di dalam beg make-up.
Tips ini pasti membantu! Kongsikan kepada sahabat handai dan keluarga!
Sumber: Kualipanas.com