Ilusi optik rupanya bukan hanya setakat di dunia fotografi sahaja. Ilusi 3D turut juga dikembangkan melalui mekap dimana wajah dilukis mengikut gambaran tertentu.
Terbaru, ilusi 3D juga dikembangkan dalam sebuah rekaan fesyen. Baju corak optik bergaya 3D yang keluarkan di Jepun ini salah satu contohnya.
Baju berwarna hitam dan putih ini memiliki motif kotak yang lebih besar di bahagian payudara. Hasilnya, baju ini akan memberikan ilusi wanita yang memakai baju tersebut memiliki payudara lebih besar daripada asalnya.
Inovasi unik ini disebut-sebut sebagai cara cepat dan mudah untuk mendapatkan payudara yang besar tanpa perlu lagi menggunakan busa bahkan melakukan operasi plastik.
Sumber: Brilio.net