Melihat si anak rapat dengan ibunya kadang kala mengundang rasa cemburu si ayah terhadap ibunya, ini mungkin kerana si ayah tidak mudah meluangkan masa bersama anak.
Bapa selalunya sangat sibuk menguruskan keluarga dengan mencari rezeki tidak kira penat dan lelah, namun begitu anda jangan sampai mengabaikan bayi anda.
Selain kasih sayang seorang ibu, bayi memerlukan kasih sayang kedua ibu bapanya. Tetapi jangan risau kerana anak yang baru lahir dapat merasakan sentuhan kasih sayang dengan beberapa cara ini.
Mandikan Bayi

Sekali sekala apabila hari cuti, rajinkan diri untuk menyentuh tubuh si kecil dan memandikannya. Dengan bermain sambil memeluk dan mengusap tubuhnya ketika menyapu sabun pada bayi, anda dapat membuat hubungan menjadi rapat.
Menepuk bahu

Sesudah bayi anda makan, dukung bayi anda sambil bergurau senda dengan si kecil, Tepuklah bahunya agar dia mudah bersendawa dan berasa lega. Hubungan mata antara bayi dengan ayah membantu mengeratkan hubungan rapat anda berdua
Mendukung bayi anda

kerap mendukung bayi anda supaya bayi dapat mendengar degupan jantung anda, dan ianya dapat membantu hubungan bayi dengan ayah menajdi lebih erat. Nikmati saat manis ini sambil mencium lembut rambut bayi anda, secara tidak langsung bayi tahu anda turun menyayanginya seperti ibu.
Memberi susu

walaupun baby masih menyusu susu ibu sepenuhnya, boleh saja meminta supaya isteri anda mengepam susunya ke dalam botol. Saat itu gunakan masa yang terluang menyusukan bayi anda, ianya juga dapat meringankan kerja si ibu.
Menidurkan bayi

Walaupun anda penat seharian bekerja, cuba cari masa sedikit untuk bayi anda merasa kasih sayang anda, dukung dan belai manja bayi dan tidurkan bayi anda. jika bayi tidur dengan lena ia bermakna bayi anda selesa berada di samping anda. Ini menunjukkan hubungan anda dengan bayi semakin erat.
Jangan biarkan kerja menjadi penghalang anda untuk mendekati bayi anda. Luangkan masa dan belailah bayi anda, kerana ketika itu lah bayi anda perlukan sentuhan kasih sayang dari kedua orang tuanya. Jadilah ibu bapa yang bijak membahagikan masa.
Sumber: Ohsemmama.com