Masalah kulit muka berminyak adalah salah satu masalah yang paling tidak disukai sesetengah orang. Dari jauh orang sudah nampak kulit anda berkilat.
Bagi sesetengah orang memiliki kulit berminyak itu lebih baik dari kulit kering, namun bagi mereka yang mengalami kulit berminyak yang teruk, ianya akan memberi masalah apabila anda hendak makeup. Lama masa diambil untuk siap.
Anda sudah mencuba pelbagai produk untuk menghilangkan minyak, namun ianya bukan makin berkurangan malah jika tersalah pilih produk, boleh membuatkan kulit anda bertambah teruk pula.
Ada sebab mengapa kulit anda berminyak, dan ada antaranya anda selalu sangat buat. Jom kita bincangkan
Biar peluh kering sendiri
Jika anda berpeluh dengan banyak, jangan sesekali biarkan ia kering sendiri. Basuh muka anda dengan cepat agar kotoran tidak masuk dalam kulit anda. Biasanya orang pemalas memang suka biarkan peluh kering sendiri, dan akibatnya kulit anda akan mengalami masalah berminyak yang teruk.
Terlalu kerap cuci dan skrub
Tahukah anda bahawa jika anda terlalu kerab memakai srub di wajah, boleh menyebabkan kulit anda kasar dan berminyak? Bagi sesetengah orang, memakai srub dengan kerap akan memulihkan wajah, tetapi ternyata salah sama sekali. Sebaiknya jangan cuci muka terlalu kerap. Boleh cuci 3 kali sehari, dan memakai skrub seminggu sekali sahaja.
Suka memicit jerawat
Perkara ini sememangnya sudah menjadi kebiasaan untuk sesetengah orang apabila tumbuh jerawat, rasa geram saja tengok jerawat tu di wajah, jika dapat buang dengan segera alangkah seronoknya kan? Namun jika anda sering melakukannya, ia kan membuatkan wajah anda menjadi lebih teruk, parut jerawat akan kekal dan nampak tidak cantik.
Buih syampu
Jika anda mandi, elakkan buih syampu terkena pada wajah. Ini kerana kandungan yang ada pada syampu boleh menbuatkan kulit anda berminyak.
Sabun buku
Bagi sesetengah orang yang suka berjimat, mereka lebih gemar menggunakan sabun buku untuk mencuci wajah. Tetapi tahukah anda sabun buku juga antara sebab mengapa kulit anda mengalami masalah kulit berminyak? Ini kerana sabun buku berpotensi menjadi tempat pembiakan bakteria. Lebih-lebih lagi apabila anda berkongsi dengan ramai orang.
Sumber: Remaja.my