Pasti ada dikalangan rakan-rakan anda atau saudara mara anda yang mengalami tapak tangan berpeluh atau tapak kaki berpeluh, bukan? Bila bersalaman dengan mereka, pasti rasa tangan anda basah.
Selalunya mereka yang mengalami masalah ini tidak gemar bersalaman dengan orang. Bukan sebab sombong, tetapi takut orang tidak selesa dengan keadaan itu.
Sebenarnya ia adalah sejenis penyakit, ada yang kata ianya berkaitan dengan masalah jantung. Selain itu, ada juga yang beranggapan bahawa ianya adalah buatan orang. Adakah perkara itu betul atau hanya mitos sahaja?
Disini ada perkongsian tentang masalah tapak tangan basah atau tapak kali basah.
Kebiasaanya orang yang mengalami masalah ini tidak boleh stress. Jika stress, peluh dengan sendirinya akan keluar dengan banyak. Jika anda dapat lihat, mereka sering membawa sehelai kain bersaiz kecil. Ini kerana mereka bersiap sedia untuk mengelap tangan mereka ketika berpeluh. Lagi-lagi apabila ada yang mahu berjabat tangan.
Jika anda mengalami masalah ini, sebaiknya anda segera meminta pendapat doktor. Periksa tahap kesihatan anda.
Sumber: Penhitam.my