Hakikatnya, lelaki juga mampu melakukan kesilapan besar tetapi golongan lelaki adalah paling jarang menduakan pasangannya walaupun ramai perempuan pasti tidak mempersetujuinya.
Secara lumrah, sifat kesetiaan sudah sebati dalam diri seorang lelaki. Ketahui lagi sebab-sebabnya di aliffchannel.com berikut ini.
Kurang berbohong
Lelaki berkata benar setiap kali berdepan dengan persoalan-persoalan ‘cepumas’. Tetapi tidak bagi perempuan, tidak tentu lagi jawapan yang diberikan oleh seorang perempuan ada kebenarannya. Berkemungkinan, dalam 10 patah perkataan, mungkin hanya sepatah yang betul.
Menerima seadanya
Susah senang seorang lelaki, dirinya sanggup mengharungi liku-liku kehidupan bersama demi cintanya. Perempuan zaman ini pula lebih cenderung memilih pasangan berstatus. Sanggup meninggalkan pasangan hanya kerana mengejar jejaka yang lebih bagus berharta, darjat kedudukan atau popular.
Lelaki pendengar setia
Sering memberi sokongan. Segala nasihat akan diberikan. Semua saranan bakal dibentangkan agar si buah hati menemui jalan penyelesaian.
Memahami pasangan dalam jatuh-bangun dirinya
Lelaki akan menghulurkan tangannya apabila kehancuran atau kebinasaan berlaku pada pasangan. Lelaki tidak akan terfikir meninggalkan pasangan walaupun pasangan tinggal sehelai sepinggang.
Bersikap lebih terbuka
Lelaki berterus-terang mengenai segala hal. Tiada apa yang perlu disorokkan berbanding perempuan yang ada pelbagai lapisan dalam diri mereka seperti bawang. Malah lebih banyak berselindung dari berterus-terang.
Menyimpan rahsia pasangan
Lelaki tidak suka menjaja keaiban pasangannya, segala rahsia yang pernah diceritakan pasti dijaga rapi. Mereka akan menyimpan segala rahsia walaupun setelah berpisah.
Tidak meminta wang ringgit
Perempuan suka mengambil kesempatan jika pasangan mereka berduit lebih. Ada juga perempuan yang sanggup curang dengan pasangannya kerana tidak dimanjakan dengan wang.
Sanggup berkorban
Sanggup membatalkan temu janji penting demi menjaga buah hatinya yang sakit, atau apa-apa juga keperluan yang didambakan.
Lelaki lebih cenderung berkata dirinya telah berpunya
Secara jelas, dia akan menerangkan dia sudah berpunya seandainya ada perempuan lebih cantik sekalipun memberikan perhatian dan nombor telefon. Bagi perempuan pula, jika mendapat perhatian lelaki yang lebih seksi, pasti mula mengaku single.
Tak kisah bertandang ke rumah keluarga kekasih
Tak kira berapa lama usia percintaan, lelaki tetap tenang untuk berdepan dengan keluarga kekasih. Perempuan selalunya memberi alasan belum bersedia. Padahal mereka takut jika berjumpa dengan keluarga nanti, soal perkahwinan terpaksa dibincangkan lebih awal.