Anda mempunyai dagu berlapis? Selalunya orang yang berbadan besar mengalami masalah ini, di mana lemak berada di bawah dahu sehinggakan ada yang memanggilnya “berdagu dua”.
Dagu berlapis boleh dikaitkan dengan penyakit seperti “sleep apnea syndrome” dan “pneumonia.
Sleep apnea syndrome
Adalah gangguan tidur yang mengganggu pernafasan seseorang saat tidur. Kondisi ini merupakan penyakit serius terutama jika tidak diubati, kerana dapat menyebabkan seseorang berhenti bernafas.
Pneumoia
Adalah infeksi paru-paru. Untuk penyakit pneumonia virus, infeksi disebabkan oleh virus, terutama virus influenza karena virus ini dapat melemahkan pertahanan paru-paru.
Mungkin ia nampak seperti tidak masuk akal dan sepertinya tiada kene mengena dengan duble chin kan? tapi itulah realitinya. Oleh itu kita haruslah sentiasa bersiap sedia untuk pelbagai kemungkinan.
Untuk menghilangkan dagu berlapis, anda perlu melakukan senaman untuk membuangnya. Menurut HealthGuideHQ.com, senaman dagu atau ‘chin exercise’ adalah cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ini.
Ada beberapa tips senaman dagu yang disarankan malah mudah, tidak mengambil masa lama untuk dilakukan. Anda boleh praktikkan senaman dagu ini di rumah.
The Kiss
Sambil berdiri, dongakkan kepala sambil memandang siling
Muncungkan bibir seolah-olah ingin mencium siling selama lima saat
Relaks dan tegakkan semula kepala
Buat sekali lagi sehingga 15 kali
Stick It Out
Pandang ke depan dan buka mulut luas-luas
Jelirkan lidah perlahan-lahan dalam kiraan 5
Masukkan semula lidah dalam kiraan 5
Ulang sehingga 10 kali
Jaw Jut
Dongakkan kepala sehingga memandang siling
Tolak rahang bawah ke depan sehingga terasa stretching di bawah dagu
Buat kiraan sehingga 10 dan relaks semula rahang
Ulang 10 kali
Neck Roll
Berdiri dan tundukkan kepala sehingga dagu mencecah ke dada
Pusing kepala ke kanan perlahan-lahan dan biarkan sehingga kiraan 5
Kembalikan kepala ke sisi asal
Pusing pula kepala ke kiri perlahan-lahan dalam kiraan 5
Ulang semula dalam masa 30 saat
Tongue On Teeth
Berdiri dan buka mulut seluas-luasnya
Selitkan hujung lidah di belakang barisan gigi bawah
Hirup udara melalui mulut dan keluarkan udara sambil membuat bunyi ‘ahhh’
Lakukan selama satu minit
Relaks dan ulang sekali lagi
Chin Lap
Sambil pandang depan, tampar bawah dagu dengan belakang tangan perlahan-lahan
Lakukan sehingga 30 saat
In And Out
Bentukkan tangan anda seperti V dan letak ibu jari pada hujung rahang
Pastikan jari lain berada di sebelah pipi
Tolakkan muka ke hadapan dengan perlahan-lahan
Biarkan selama 30 saat dan tolak semula ke belakang
Relaks dan ulang sehingga tiga kali
Laying Lifts
Baring dan angkat kepala perlahan-lahan hingga dagu mencecah dada
Biarkan selama 10 saat
Kembalikan kepala pada sisi asal
Ulang dua kali
Menurut laman web kesihatan HealthyDefinition, jika anda meluangkan masa 10 minit untuk senaman ini setiap hari, kesannya akan kelihatan dalam masa sebulan.
Anda juga boleh mengamalkan mengurut bawah dagu setiap hari sebelum tidur selama 10 minit. Sila kongsikan kepada sahabat handai dan keluarga info berguna ini.