Tetaplah berhubung

Sosial Trend

Tips Agar Mudah Bersalin

Foto: Google

Hmm

Tips Agar Mudah Bersalin

Menunggu hari untuk melahirkan anak adalah saat paling bahagia untuk ibu-ibu, rasa tidak sabar menanti kelahiran anak bakal lahir tetapi dalam masa yang sama perasaan takut akan kesakitan bakal di alami.

Bersalin boleh menjadi satu proses yang banyak membuat sesetengah wanita berasa takut. Terutamanya bagi orang muda atau ibu baru yang mahu melahirkan normal untuk anak pertama.

Perkara-perkara yang sering diajar bahawa bersalin adalah menyakitkan, ini membuat kebanyakan ibu-ibu muda yang menjadi gementar sewaktu masa bersalin sudah hampir.

Tetapi para ibu jangan risau, ini kerana terdapat beberapa tips yang boleh membantu anda untuk mengurangkan sakit ketika bersalin.

Tips-tips untuk mudahkan bersalin

  • 2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga.
  • Bila sakit nak bersalin, makan sebiji telur mentah.
  • Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu marjerin supaya laluan cepat terbuka.
  • Rebus epal hijau kemudian makan waktu tengah sakit contraction.
  • Amalkan membaca Surah Maryam untuk memudahkan bersalin.
  • Sewaktu di labour room, banyakkan membaca Al-Fatihah dan doa Nabi Yunus serta sebut, “Ya Fattah” berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin.
  • Amalkan minum air kelapa hujung-hujung nak bersalin. (Nanti baby lahir kulitnya bersih je)
  • Makan kurma dalam bilangan ganjil.
  • Banyakkan berjalan, naik tangga ke... Exercise sebelum deliver baby
  • Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby
  • Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari-jari kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.
  • Masa proses meneran, baring sambil kaki/betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sebab nanti koyak teruk.
  • Amalkan menyapu minyak kelapa dara di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut.
  • Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuat, tarik nafas dan lepaskan cepat-cepat.
  • Amalkan baca “Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir” sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air.
  • Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu.
  • Minum air Selusuh. Lebih baik kalu dibuat sendiri oleh suami.

Lain orang lain pengalaman melahirkan anak, ada yang senang beranak dan ada yang sedikit payah. Ada yang mengambil masa berjam-jam menahan sakit.  Tetapi ianya adalah anugerah terindah untuk para ibu apabila diberi peluang rasa sakit beranak yang pernah dialami oleh ibu-ibu anda dahulu.

Dalam satu hadis, Rasululah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosanya sebagaimana ibunya melahirkannya.”

Hadis ini merujuk kepada wanita solehah. Setiap kali bersalin, dosa kecil akan gugur dan wanita ini kembali bersih daripada dosa.

Subhanallah.

Sumber : Facebook/Shuhara Sukri

Muat artikel

Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Hmm

Ke Atas