Dalam usaha untuk mengurangkan tekanan media sosial di kalangan remaja, Instagram mengumumkan pada bulan April lepas bahawa syarikat itu sedang menguji fungsi menyorokkan paparan jumlah sukaan kepada kandungan yang dimuat oleh pengguna di Kanada.
Terbaru, Instagram mendedahkan bahawa fungsi itu akan dikembangkan di tujuh negara lain iaitu Australia, Brazil, Ireland, Jepun, Itali, Kanada dan New Zealand. Difahamkan, melalui fungsi terkini ini, jumlah suka pada setiap pos akan disorok secara lalai.
Ini bermakna anda tidak boleh melihat jumlah sukaan yang diterima oleh pengguna lain kandungan yang dimuat oleh mereka. Bagaimanapun, pemegang akaun masih boleh melihat jumlah yang mereka terima.
Menurut Instagram lagi, mereka berharap bahawa dengan fungsi baru ini pengguna akan memberi tumpuan lebih kepada kandungan yang dimuatkan dan bukannya jumlah sukaan yang diterima.