Tahukah anda, kelebihan utama wanita yang memiliki lesung pipit adalah sentiasa kelihatan lebih muda dari usia sebenar mereka. Apabila mereka tersenyum, ada satu aura istimewa kerana keunikan lesung pipit yang mereka miliki.
Lengkung di pipi juga membuatkan pemiliknya semakin comel. Cemburunya! Selain nampak comel dan manis, ada fakta-fakta disebalik kelebihan lesung pipit ini. Tahukah anda, lesung pipit ini adalah satu kecacatan genetik, tetapi walaupun ‘cacat’, ramai yang mahu memiliki lesung pipit ini sebab nampak lebih manis bila dipandang.
1 Lesung pipit ini berlaku daripada otot muka iaitu Zygomaticus Major
Zygomaticus Major terjadi disebabkan ia terbelah dua dan menyebabkan otot menjadi lebih pendek berbanding orang biasa. Lesung pipit ini tak semestinya ada di kedua-dua belah pipi, ada orang yang lengkungnya hanya sebelah pipi.
Hanya dimiliki oleh 20% manusia
Mengikut statistik yang dilaporkan oleh The Daily Health Gen, hanya 20% manusia di dunia memiliki lesung pipi yang sebenarnya merupakan satu jenis ‘kecacatan’ pada otot wajah yang dicemburui ramai.
Buat ramai tertarik
Kajian American Journal of Physical Anthropology mendapati, lesung pipit merupakan ‘added value’ yang menambahkan lagi daya penarik seseorang secara semula jadi. Tak perlu risau ketika bergambar, lesung pipit anda tu buatkan anda jadi perhatian dalam ramai-ramai orang.
Nampak lebih muda
Orang yang ada lesung pipit nampak macam ‘baby face‘. Ini disahkan oleh para saintis bahawa antara kelebihan lesung pipit ialah menjadikan seseorang itu kelihatan lebih muda dari usia sebenarnya.
Aura keceriaan
Setiap kali pemilik lesung pipit tersenyum, orang di sekeliling juga akan terpengaruh dengan aura keceriaan yang disebarkan.
Boleh beransur hilang
Walaupun ia diwarisi oleh genetik, anda berkemungkinan tidak memilikinya sepanjang hayat anda. Ramai yang tak tahu lesung pipit boleh beransur hilang kemudian bergantung pada otot muka anda.
Selain dikaitkan dengan pertambahan berat badan, proses penuaan juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan ia menjadi kurang kelihatan.
Jadi lebih popular
Laman Time For Healthy Food melaporkan lebih 60% bintang Hollywood memiliki lesung pipit dan membantu mereka menjadi lebih popular. Sebab itu, ada yang sanggup melakukan pembedahan semata-mata untuk mendapatkan lekukan tersebut.
2 Potensi Anak Yang Akan Mewarisi Lesung Pipit
Jika ayah dan si ibu memilikinya, potensi untuk anak-anak juga tinggi iaitu antara 50 hingga 100 peratus.
Peratusan ini adalah sama seperti apabila kedua-dua si ibu dan si ayah lebih dominan kepada tangan kidal, potensi anak untuk lebih dominan bertangan kidal adalah antara 50 hingga 100 peratus juga.
Jika salah seorang daripada mama atau papa sahaja yang mempunyainya, potensi untuk diwarisi hanya sebanyak 25 hingga 50 peratus sahaja.
Tapi ada juga individu yang memilikinya walaupun mama papa mereka tidak memilikinya.
Ia disebabkan oleh faktor ‘Gen Skip‘ dalam generasi. Ini kerana banyak gen yang tidak diwarisi daripada sesuatu generasi kepada generasi yang lain.
Sebaliknya, ia berlaku secara berselang-seli. Jika keadaan ini berlaku, bermakna keturunan ibu dulu ada yang memiliki lesung pipit.
3 Langkah-langkah Mendapatkan Lesung Pipit Buatan (Tiruan)
Penutup botol
Anda boleh menggunakan penutup botol yang diperbuat daripada logam atau plastik. Anda perlu memastikan penutup botol benar-benar bersih terlebih dahulu.
Buka mulut anda lebar-lebar dan masukkan penutup botol ke dalam, letakkan penutup botol di antara pipi anda dan gigi anda. Tekan pipi anda dari luar ke dalam pada masa yang sama.
Bagaimanapun, teknik ini adalah teknik sementara.
Gunakan Eye Shadow atau Eyeliner
Pilih bahagian yang sesuai dan yang anda mahu memakai lesung pipit di muka anda.
Ambil eye shadow dan lukis koma kecil di tempat yang anda inginkan. Lukisan pertama adalah nipis, sebabnya anda akan lebih mudah untuk menebalkannya sebagai lesung pipit kemudian.
Sapukan kosmetik pada kulit ibu supaya kelihatan lebih berseri. Mulakan dengan solek ringan, sapukan beberapa kali, teruskan mengikut tanda lengkung.
Pudarkan bahagian tepi selepas anda selesai ratakan menggunakan ‘makeup’. Ratakan lagi menggunakan ‘makeup’ yang lebih besar.
Anda boleh terus melihat hasilnya dengan memberikan sedikit senyuman di depan meja solek.
Lakukan tindikan atau pembedahan
Jika anda inginkan lesung pipit dalam tempoh yang lama, tindikan pipi adalah jawapannya.
Tetapi ingat! Ia trend yang sangat berisiko dan juga memerlukan banyak wang.