Wanita yang memakai seluar ketat kebanyakkan mereka tidak tahu akan keburukkan yang boleh memberi kesan kepada kesihatan mereka. Bagi mereka memakai seluar dan baju ketat buatkan mereka rasa selesa dan boleh menarik minat orang sekelilingnya.
Untuk pengetahuan anda, memakai seluar yang sangat ketat boleh memberi beberapa kesan kepada tubuh badan anda. Jangan terkejut dengan fakta ini ya. Jom kita lihat.
Beri kesan buruk pada sendi dan saraf
Keadaan lebih ketara ketika membengkokkan badan ke hadapan semasa duduk di kerusi, mencangkung dan sebagainya. Akibatnya, tekanan yang tinggi akan berlaku pada saraf yang terletak di pelvis secara tetap sehingga mengakibatkan seseorang individu itu berasa kebas, terbakar, kesejukan, sakit mencucuk, sangat sensitif apabila tersentuh, selain rasa tidak selesa pada bahagian tepi paha.
Menyebabkan kanser Melanola
Pemakaian pakaian ketat terlalu lama boleh menyebabkan kanser Melanola iaitu kanser kulit yang sangat bahaya. Kanser ini biasanya bermula dengan tanda hitam pada kulit. Ini mungkin kerana peluh anda tidak mampu keluar dengan baik seperti biasanya.
Jika anda rasa terlalu selesa dengan pemakaian seluar yang begitu ketat itu, mungkin kini anda boleh mengubah gaya anda itu mulai sekarang.
Mengangu kesihatan rahim
Kesannya, ia membahayakan keadaan rahim wanita. Selain itu perjalanan darah juga akan terganggu. Mungkin ini adalah salah satu faktor mengapa ada di kalangan wanita yang sukar untuk mendapatkan zuriat.
Bagi sesetengah wanita yang mampu hamil tetapi suka mengenakan seluar yang ketat ketika hamil, ia mampu memberi kesan kepada kandungan anda itu.
Postur pinggul menjadi senget
Keadaan akan jadi lebih kritikal sekiranya individu tersebut memakai seluar ketat bersama tumit tinggi. Ia boleh menyebabkan postur pinggul menjadi senget sebelah kerana tekanan yang dialami.
Menghalang pembiakan sperma
Khas untuk lelaki yang suka sangat pakai seluar ketat. Seluar ketat boleh mengganggu dan mengurangkan penghasilan sperma. Bukan sahaja kepada wanita, malah juga kepada lelaki. Jika anda mahu sperma anda dalam keadaan baik dan sihat, jangan terlalu gemar mengenakan seluar yang ketat. Tidak guna badan sado tetapi sperma lemah ya!
Sumber: Hanasuva.com