Aliff Channel
  • Utama
  • Hubungan
  • Gaya
  • Teknologi
  • Kesihatan
  • Sains
  • Inspirasi
  • Semua
Tiada
Lihat semua
  • Utama
  • Hubungan
  • Gaya
  • Teknologi
  • Kesihatan
  • Sains
  • Inspirasi
  • Semua
Tiada
Lihat semua
Aliff Channel
Tiada
Lihat semua
Utama Kesihatan

10 Makanan Untuk Mengatasi Dan Mencegah Sifat Mudah Lupa

01/09/2018
dalam Kesihatan, Kulinari
3 minit bacaan
0
10 Makanan Untuk Mengatasi Dan Mencegah Sifat Mudah Lupa

Foto ilustrasi: alodoktor

300
PERKONGSIAN

Isi kandungan:

  • Salmon
  • Telur
  • Mentega Kacang
  • Gandum Penuh
    • 5. Oat
  • Strawberi
  • Kekacang
  • Sayuran
  • Susu dan Yogurt
  • Daging Lembu Tanpa Lemak

Menjadi seorang yang mudah lupa adalah suatu yang sangat menyedihkan. Apatah lagi apabila dimarahi dengan orang apabila kita benar-benar lupa akan perkara tersebut.

Mungkin cara pemakanan anda sekarang adalah salah. Mulakan dengan cara makan yang baru yang boleh menguatkan daya ingatan anda. Di sini ada senarai makanan yang anda boleh pilih bagi menguatkan ingatan anda.

Salmon

Ikan salmon merupakan sumber terbaik untuk Omega-3- DHA dan EPA. Ia merupakan sumber penting bagi pertumbuhan dan perkembangan fungsi otak. Kajian juga menunjukkan orang yang mengambil asid lemak mempunyai daya ingatan yang lebih tajam. Menurut pakar pemakanan, walaupun ikan tuna mempunyai Omega-3 namun salmon mengandungi lebih banyak Omega-3.

Telur

Telur mengandungi sumber protein penting dan bahagian kuning telur juga mengandungi kolin, suatu zat yang dapat membantu perkembangan memori atau daya ingatan.

Mentega Kacang

Kacang tanah dan mentega kacang merupakan salah satu sumber vitamin E. Vitamin ini merupakan antioksidan yang dapat melindungi membran sel-sel saraf. Jika diambil bersama Thiamin, Vitamin E dapat membantu otak dan sistem saraf dalam penggunaan glukosa untuk keperluan tenaga.

Gandum Penuh

Otak anda memerlukan penyediaan glukosa dari tubuh secara berterusan. Gandum tulen mempunyai keupayaan untuk menyokong keperluan tersebut. Serat yang terkandung dalam gandum penuh dapat membantu mengatur pelepasan glukosa dalam tubuh. Gandum juga mengandungi vitamin B yang berfungsi memelihara kesihatan sistem saraf.

5. Oat

Oat kaya dengan nutrisi penting bagi otak. Oat dapat meneydiakan tenaga atau bahan bakar untuk otak yang sangat diperlukan oleh anak-anak untuk mengawal aktivitinya pada pagi hari. Oat juga kaya dengan kandungan serat dan membantu menjaga keperluan itak anak anda sepangjang pagi.

Baca Juga  Hilangkan Jerawat Dengan Bawang Putih, Berani Cuba?

Oat juga mengandungi sumber penting seperti vitamin E, vitamin B, potassium dan zinc yang membantu membuatkan tubuh dan otak berfungsi pada kapasiti penuh.

Strawberi

Buah beri mengandungi kadar tinggi antioksidan khususnya vitamin C yang membantu untuk mencegah kanser. Semakin kuat warna buah beri itu, semakin banyak nutrisi yang terkandung dalam buah tersebut.

Beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan estrak blueberi dan strawberi dapat membantu meningkatkan daya ingatan. Biji dari buah beri juga kaya dengan asid lemak Omega-3.

Kekacang

Kacang adalah makanan yang istimewa kerana makanan ini mengandungi tenaga yang berasal dari protein serta karbohidrat. Selain itu, kacang juga kaya dengan serat, vitamin dan mineral. Kacang juga makanan yang baik untuk otak kerana ia dapat mempertahankan energi dan kemampuan berfikir anak-anak pada petang hari jika dimakan pada waktu pagi.

Kajian menunjukkan, kacang merah dan kacang pinto mengadungi lebih banyak omega 3 khusunya ALA jenis omega 3 yang penting untuk pertumbuhan dan fungsi otak.

Sayuran

Tomato, kentang merah, labu, karot, bayam adalah sayuran yang kaya nutrisi dan sumber antioksidan yang membantu menguatkan sel-sel otak untuk lebih kuat dan sihat.

Susu dan Yogurt

Produk susu mengandungi protein dan vitamin B yang penting bagi pertumbuhan jaringan otak, neurotransmitter dan enzim. Susu juga boleh mengenyangkan perut kerana kandungan protein dan karbohidrat sekali gus menjadi sumber tenaga buat otak anda.

Daging Lembu Tanpa Lemak

Zat besi ialah sejenis mineral keperluan yang membantu anak-anak anda tetap bertenaga dan fokus di sekolah. Daging lembu tanpa lemak adalah salah satu sumber makanan yang mengandungi banyak zat besi. Dengan hanya mengambil 28g daging sehari, tubuh anda akan menyerap zat besi yang diperlukan. Daging sapi juga mengandungi zat besi yang dapat membantu memelihara daya ingatan.

Baca Juga  Makan Petai Boleh Buat Jadi Awet Muda

Dengan sajian-sajian yang mampu menguatkan daya ingatan, seharusnya anda boleh ubah pola pemakanan anda supaya ingatan anda boleh jadi kuat dan tajam. Selamat mencuba!

Sumber: Herinspirasi.com

Hashtag: cepat lupaingatantips

Artikel Berkaitan

kesan tidur dalam keadaan lapar

5 Kesan Buruk Tidur Dalam Keadaan Lapar

25/01/2021
Bahaya makan kentang goreng

5 Bahaya Kentang Goreng, Menurunkan Imuniti Dan Penyebab Strok

23/01/2021
Daun ganja goreng & sandwich ganja

Hospital Ini Menyediakan Menu Ganja Goreng Dan Sandwic Ganja

22/01/2021
sejarah donut

Sejarah Asal Usul Nama Donat: Do Nut

20/01/2021
lapar tengah malam

Makan 5 Makanan Ini Bila Lapar Tengah Malam

17/01/2021
Kesan makan banyak garam

Makan Banyak Garam Menurunkan Imuniti Badan

16/01/2021

Komen?

Popular minggu ini

  • 8 Tanda Tubuh Badan Menunjukkan Anda Sedang Tidak Sihat

    8 Tanda Tubuh Badan Menunjukkan Anda Sedang Tidak Sihat

    3414 perkongsian
    kongsi 3414 Tweet 0
  • 5 Tanda Kemungkinan Sedang Mengalami Depresi Tetapi Anda Abaikan

    10046 perkongsian
    kongsi 10046 Tweet 0
  • Sifat Istimewa Pada Perempuan Mengikut Tarikh Lahir Dari 1 Hingga 31 Haribulan

    35031 perkongsian
    kongsi 35031 Tweet 0
  • Ini Tanda-Tanda Kanser Pangkal Rahim

    38363 perkongsian
    kongsi 38363 Tweet 0
  • Personaliti Dan Sifat Mengikut Jenis Darah, Sejauh Mana Kebenarannya?

    438 perkongsian
    kongsi 438 Tweet 0
Aliff Channel
  • Dasar Privasi

Copyright © 2021 • aliffchannel.com All Right Reserved

Tiada
Lihat semua
  • Utama
  • Hubungan
  • Gaya
  • Teknologi
  • Kesihatan
  • Sains
  • Inspirasi
  • Pengiklanan

Copyright © 2021 • aliffchannel.com All Right Reserved