Dalam tidak sedar, semakin hari semakin meningkat umur kita bukan? Jika umur anda masih dalam lingkungan 20 an mungkin saja belum memikirkan tentang perihal keluarga dan juga kewangan.
Tetapi untuk anda yang berumur 30 tahun keatas, tetapi pemikiran masih belum matang dan belum ada kewangan yang stabil, dalam tidak sedar anda sebenarnya berada dalam fasa yang bahaya!
Pada umur 30 tahun, masih sempat untuk merancang strategi bagi mencapai target sebelum berumur 35 tahun. Jangan buang masa lagi dan mulakan dari sekarang!
Rumah yang selesa
Jika sudah berumur 30 tahun keatas, pasti ada niat untuk berumahtangga bukan? Dan pastikan anda sudah membuat simpanan untu memastikan keperluan untuk isteri dan anak-anak terjamin. Beli rumah selesa dan mengikut kemampuan anda, jika sudah bernikah pasti rasa ingin berdikari dan hidup sendiri bukan? Rancang dari sekarang sebelum terlambat.
Dua rumah untuk pelaburan
Sebelum duduk rumah sendiri, pastikan anda memiliki dua buah rumah untuk disewa dan dijadikan pelaburan, Tiap-tiap bulan duit masuk, dan jika usia milikan sudah matang, jualkan dan dapatkan keuntungan.
Simpan 6 bulan gaji
Setiap bulan pastikan konsisten dalam menyimpan duit gaji anda, anggap saja ianya untuk kecemasan. Jangan pula anda buat pinjaman peribadi. Elakkan dari berhutang demi masa depan anda.
Simpanan bulanan tetap
Jika hendak menyimpan, buat kira-kira terlebih dahulu. Untuk yang masih bujang, simpanan 30%-50% gaji bulanan, manakala yang sudah berkahwin 10%-30%
Kereta yang memuaskan
Usia 35 tahun sepatutnya anda sudah mendapat apa yang anda inginkan, jika anda sudah lama menabung, tidak salah rasanya hadiahkan diri anda sendiri kereta idaman yang sudah lama anda nanti-nantikan.
Jika hendak hidup senang dan kewangan stabil di usia 35 tahun, pastikan pada usia 20-an anda sudah mula menabung, bukan senang hendak hidup senang, usaha dan pengorbanan perlu ada. Jika tidak mampu menyimpan banyak, cukuplah rm100 sebulan dan pastikan konsisten setiap kali menyimpan, jangan pula hari ini menyimpan, esok keluarkan habis. Kuatkan hati, ianya adalah pelaburan utnuk masa depan anda juga.
Sumber: Facebook/Harith Faisal