Aliff Channel
  • Utama
  • Hubungan
  • Gaya
  • Teknologi
  • Kesihatan
  • Sains
  • Inspirasi
  • Semua
Tiada
Lihat semua
  • Utama
  • Hubungan
  • Gaya
  • Teknologi
  • Kesihatan
  • Sains
  • Inspirasi
  • Semua
Tiada
Lihat semua
Aliff Channel
Tiada
Lihat semua
Utama Kesihatan

Suntikan Pencegahan Kehamilan Pertama Di Dunia Untuk Lelaki Akan Dipasarkan

27/11/2019
dalam Kesihatan, Sains
2 minit bacaan
0
suntikah cegah hamil lelaki

Foto: Unsplash.com

Sekiranya kita bercakap mengenai kaedah mencegah kehamilan, kebanyakannya dikaitkan dengan golongan wanita. Contohnya, pil perancang, suntikan, pemasangan implan dan juga IUD.

Selain daripada kaedah vasektomi atau penggunaan kondom, setakat ini tiada produk atau kaedah kehamilan untuk pencegahan kehamilan yang dibuat untuk golongan lelaki dalam usaha menjarakkan kehamilan isteri.

Walau bagaimanapun, dalam laporan baru-baru ini memetik The Hindustan Times, The Indian Council for Medical Research telah menyediakan alat kontraseptif yang biasa untuk lelaki dengan keberkesanan 97.3% tanpa apa-apa kesan sampingan.

Alat kontraseptif ini disuntik ke bahagian vas deferens, iaitu, tiub mengandungi sperma bersebelahan dengan organ testikal.

Suntikan mengandungi sejenis polimer, Steryene Maleic Anhydride, yang telah dihasilkan sejak tahun 1970-an dalam menghalang pengeluaran sperma.

Menurut laporan, suntikan ini berkesan selama 13 tahun. Tetapi ia dikatakan sesuai dengan fungsinya kerana suntikan ini direka khusus sebagai alternatif kepada pembedahan vasektomi.

Suntikan pertama di dunia untuk lelaki itu dianggarkan mendapat kelulusan dalam masa 6 bulan sebelum dikilangkan, kata VG Somani, Drug Controller General of India.

Walaupun ada lelaki yang merasakan pencegahan untuk kehamilan adalah sesuatu yang ‘mengarut’ atau ‘mustahil’, tetapi jangan terkejut kerana semakin banyak lelaki menunjukkan minat untuk mendapatkannya dengan pelbagai faktor, seperti yang dilaporkan dalam kajian yang dilakukan The Independent.

Menurut IFLScience juga, dalam tinjauan pendapat, didapati bahawa hampir 1/3 warga Britain sanggup menggunakan kaedah kontraseptif, di mana tahap ini meningkat kepada 40% di kalangan lelaki berumur 25 sehingga 49 tahun.

Menurut laporan Hindustan Times yang lain, kaedah ini dijangka mendapat perhatian seluruh dunia kerana prosedur itu dikatakan “less invasive” berbanding dengan kaedah vasektomi.

Baca Juga  5 Sebab Isteri Jadi Malas Masak Semasa Hamil
Hashtag: hamil

Artikel Berkaitan

lapar tengah malam

Makan 5 Makanan Ini Bila Lapar Tengah Malam

17/01/2021
Kesan makan banyak garam

Makan Banyak Garam Menurunkan Imuniti Badan

16/01/2021
senaman 12 minit

Bersenam 12 Minit Dapat Meningkatkan Kesihatan – Kajian

18/11/2020
makanan melegakan sakit kepala

4 Makanan Untuk Melegakan Sakit Kepala

18/08/2020
buah nanas tidak sesuai untuk dimakan oleh pengidap penyakit diabetes

4 Jenis Buah-buahan Yang Perlu Dihindari Pengidap Diabetes

18/08/2020
Planet Venus Planet Terpanas Di Sistem Suria

Planet Venus Planet Terpanas Di Sistem Suria

26/06/2020

Komen?

Popular minggu ini

  • maksud mimpi dicurangi pasangan

    Mimpi Dicurangi Pasangan, Apa Maksud Sebenarnya?

    138 perkongsian
    kongsi 138 Tweet 0
  • Sebab Kenapa Lelaki Ramai Yang Jatuh Di Tangan Wanita Janda

    21880 perkongsian
    kongsi 21880 Tweet 0
  • Jenis-Jenis Perempuan Yang Manja

    18265 perkongsian
    kongsi 18265 Tweet 0
  • Inilah Sebab Seseorang Menjadi Andartu Atau Bujang Terlajak

    928 perkongsian
    kongsi 928 Tweet 0
  • Tak Perlu Kejar Orang Yang Tidak Mencintaimu, Tetapi Hargai Orang Yang Mencintaimu Dengan Penuh Kasih

    0 perkongsian
    kongsi 0 Tweet 0
Aliff Channel
  • Dasar Privasi

Copyright © 2021 • aliffchannel.com All Right Reserved

Tiada
Lihat semua
  • Utama
  • Hubungan
  • Gaya
  • Teknologi
  • Kesihatan
  • Sains
  • Inspirasi
  • Pengiklanan

Copyright © 2021 • aliffchannel.com All Right Reserved