Ketika sakit hendak beranak, semuanya menjadi kelam kabut, suami hilang kawalan apabila melihat isteri dalam kesakitan sehingga ada segelintir suami terlupa sesuatu yang penting bagi menjaga aurat isterinya ketika di hospital.
Mungkin apa segelintir masyarakat beranggapan ianya hanya hal remeh. Tetapi bagi agama islam, bila berkaitan dengan aurat, ianya adalah masalah besar yang perlu di ambil berat oleh semua umatnya.
Ketika hendak bersalin, pastikan anda atau isteri mengambil berat akan hal-hal ini.
Aurat
Cuba check balik, doctor mana yang memeriksa, menyentuh & melahirkan anak mommy? Doctor perempuan atau lelaki ? Jika lelaki, mommy perlu tahu, mommy dah mendedahkan aurat kepada bukan muhrim dan ia adalah haram! Ada wanita yang lebih ‘gemar’ memilih doktor lelaki untuk checkup & melahirkan anak sebab rasa dengan doctor lelaki ni lebih selamat.
FAKTA :
Satu-satunya lelaki yang berhak melihat aurat seseorang wanita hanya suaminya
Tempat melahirkan anak adalah aurat
Soal aurat di tempat melahirkan anak ditekan seawal zaman Rasulullah SAW lagi. Aurat wanita itu perlu dijaga & dipelihara.
Ketika ramai pakar perbidanan wanita, maka tiada alasan untuk membenarkan doktor lelaki melihat aurat anda.
JIKA DARURAT BAGAIMANA?
Darurat itu sendiri kita perlu faham maksudnya. Jika benar benar sudah berusaha mendapatkan pakar sakit puan wanita & masih tidak ada. Maka dibolehkan menggunakan khidmat doktor lelaki DENGAN SYARAT DITEMANI SUAMI.
Melihat bahagian tubuh wanita dengan niat checkup sekalipun dilarang dalam Islam KECUALI jika benar benar TIADA LANGSUNG doktor wanita dan perlu segera merawatnya.
Perlu diingat, melahirkan anak seumpana 20 tulang dipatahkan serentak sebenarnya hadir dengan ganjaran pahala yang terlalu hebat yang Allah janjikan. Jangan kerana kecuaian & sengaja membenarkan lalaki bukan muhrim melihat dan menyentuh anda, finally mendapat dosa.
Walaupun dirawat doktor lelaki, janganlah sesekali ‘buat muka’
pada mereka. Kerana mereka sedaya upaya cuba selamatkan kita & anak kita.
PRINSIP MENDAPATKAN RAWATAN DOKTOR MENGIKUT ISLAM :
Doktor perempuan muslimah. Jika tidak ada, barulah…
Doktor perempuan bukan Islam. Jika tidak ada, barulah…
Doktor lelaki muslim. Jika tidak ada, barulah…
Doktor lelaki bukan muslim
Tapi dgn zaman skrng & dgn ramai pesakit & doctor perempuan yg maybe tak bertugas pada masa kita sakit, akan sgt2 membuatkan ramai wanita jd tersangat malu bila aurat kita dilihat lelaki walaupun doctor. Katakan dalam situasi selepas tanya pihak hospital pun. Pihak hospital kata xda sewajarnya kita redha jika kita perlu dirawat juga masa tu.
KISAH AURAT SAYA (PENULIS BUKU 9BULAN10HARI) MELAHIRKAN ANAK
Sejujurnya, saya pernah dirawat doctor lelaki masa lahirkan anak kedua. Disebabkan selepas melahirkan anak, darah tak dikeluarkan sehabisnya saya pengsan dlm toilet ketika tu doctor pakar lelaki dtg keluarkan semua darah tu (ditemani suami) dan ramai nurse.
Pada mulanya saya merayu nak doctor perempuan saja merawat saya, tapi dalam keadaan penuh kesakitan yang hanya ada doktor lelaki saya terpaksa redha.
Memang menangis masa tu. Tapi disebabkan saya dah cuba dapatkan doktor wanita sedayanya tapi tak mampu, maka saya akur. Sebab doctor lelaki itu pun bgtau siap yg dia betul-betul perlu keluarkan darah kotor ni segera supaya saya tak pengsan lagi & kalau nak doctor perempuan kena tunggu esok pagi & kalau tunggu pun ia akan buatkan darah saya sentiasa memancut secara tiba2 selagi tak dikeluarkan semuanya. Demi Allah, rasa malu yg teramat. Tp sy tetap bersyukur doctor lelaki ni selamatkan sy masa darurat.
Sebagai isteri kita cuba pelihara tubuh & aurat kita agar kekal exclusive buat suami, tapi bila berdepan situasi yg tak dapat nak elakkan & melibatkan nyawa. Kita terpaksa redha kerana doktor baik lelaki atau perempuan, mereka adalah ‘malaikat’ bertopeng manusia yang cuba selamatkan kita.
Jika benar anda dalam darurat dan tidak sedar akan hal penting ini, kemungkinan ianya dibolehkan. Wallahualam. Hanya Allah s.w.t yang mampu menilai dosa pahala kita.
Yang pasti, jika kita mampu membendung masalah ini sebaiknya, maka bendung lah sedari awal. Ini kerana ia sememangnya tanggungjawab kita sendiri dalam menjaga aurat kita.
Sumber: 9bulan10hari.com