Zaman serba moden sekarang bukan senang hendak mendidik anak-anak. Jika terlalai sedikit sahaja, anak mudah terpengaruh dengan pergaulan di luar. Jangan nanti ada ibu bapa yang terkejut jika anak anda akan lebihkan orang luar berbanding ibu bapa sendiri.
Pendidikan dirumah sangat penting, ibu bapa harus mendidik anak-anak sedari mereka lahir. Bukan dengan alasan ‘ tak mengapa, mereka masih kecil, nanti dia besar baru kita ajar’. Bila anda ingin bertindak? Setelah mereka besar dan sudah tahu erti pergaulan bebas?.
Ramai ibu bapa tersilap langkah apabila mengabaikan anak ketika mereka masih kecil. Jangan fikir mereka tidak mengeti apa dikatakan oleh orang tuanya walaupun dia masih kecil. Mereka faham dan ketika itu la otak anak-anak masih segar dan mudah masuk apa yang diajar.
Jika anda perhatikan, anak yang baru sahaj berumur 1 tahun sudah mulai faham apa yang anda arahkan. Cuba anda latih mereka memahami apa yang anda katakan, percaya la, anak anda pasti akan faham. Contohnya menutup pintu. Jangan hanya mengarah ‘tutup pintu tu’. Namun anda bangun dan menunjukkan cara tutup pintu dengan betul sambil berkata ‘tutup pintu sayang’ sambila dia melihat anda menutup pintu berkenaan. Anak-anak mudah faham jika anda tunjukkan ‘visual’nya, bukan hanya arahan suara.
Walaupun memang bukan mudah hendak mendidik anak-anak. Jangan hanya mengaharapkan isteri yang mendidik anak, anda sebagai seorang bapa juga bertanggungjawab keatas anak-anak.Jangan lepas tangan!
Anda boleh mulakan dari awal mengikut 6 cara didikan yang hendak dikongsikan ini.
Jika melihat anakmu menangis, jangan lengahkan memujuknya
Jika anak anda menangis, jangan marah, tetapi dukung dan tunjukkan kearah atas. Pati dia akan diam dan berhenti menangis. Ini kerana secara psikologinya manusia menangis keadaan kepala ke bawah.
Bagaimana hendak suruh anak berhenti bermain
Jika hendak anak berhenti bermain, jangan menngkingya. Malah katakan dengan lembut contohnya seperti ‘5 minit lagi ya sayang’..Selepas itu katakan lagi ‘ tinggal 2 minit lagi ya’..Sesudah sampai tempoh tamat bermain, anda kata ‘masa bermain sudah habis’
Jika anak-anak anda sedang bergaduh
Jangan menengking mereka, tetapi cuba anda tarik perhatian mereka dengan berkata ‘ siapa hendak mendengar cerita dongeng?’. Pasti salah seorang dari mereka akan diam dan yang lain juga akan turut diam.
Kata-kata positif kepada anak sebelum tidur
Sebelum tidur, pastikan anda ingatkan mereka untuk membaca doa tidur. Dan jika anak-anak ingin mendengar cerita dongeng, ceritakan mereka sejarah islam, ataupun cerita para nabi dan rasul. Cerita mengikut kreativiti anda biar nampak menarik. Tetapi jangan pula hingga melencong jauh dari cerita asal ya. Ingatkan mereka supaya bangun pagi untuk bangun subuh, bukan hanya mengingatkan mereka tentang bangun awal hendak ke sekolah sahaja. Supaya mereka mengingati akhirat juga, bukan duniawi semata-mata.
Nikmati waktu kecil mereka
Jangan terlalu leka dengan kesibukkan kerja sehingga anda abaikan masa terluang dengan anak anda. Ingat, masa kecil mereka hanya sekali, dan tidak akan kembali lagi.
Tinggalkan handphone seketika
Hargai masa lapang bersama anda, jika ada urusan penting sekalipun,sebaiknya anda tangguhkan sehari. Dan habiskan masa terluang yang ada itu bersama anak-anak anda. Mereka lebih memerlukan perhatian anda berbanding perkara lain.
Anak-anak perlukan perhatian anda.Jangan terlalu ambil mudah akan perasaan mereka. Jika mereka rasa sunyi, mereka tidak pandai meluahkan. Anda seharusnya lebih peka akan kehendak anak-anak.
Sumber: Mingguanwanita.my