Aliff Channel
  • Utama
  • Hubungan
  • Gaya
  • Teknologi
  • Kesihatan
  • Sains
  • Inspirasi
  • Semua
Tiada
Lihat semua
  • Utama
  • Hubungan
  • Gaya
  • Teknologi
  • Kesihatan
  • Sains
  • Inspirasi
  • Semua
Tiada
Lihat semua
Aliff Channel
Tiada
Lihat semua
Utama Hubungan

7 Sebab Suami Benci Isteri Dari Dr Fadzilah Kamsah

01/11/2017
dalam Hubungan, Inspirasi
3 minit bacaan
0
sebab suami benci isteri
1.2k
PERKONGSIAN

Sebagai seorang isteri yang baik, seharusnya anda lebih mengetahui apa yang disukai oleh suami anda atau yang tidak disukai oleh suami anda.

Seorang isteri harus menjaga aib suaminya, orang tua selalu berpesan, jika hendak melakukan sesuatu, fikirkan sebabnya dahulu.

Jika seorang isteri bersikap jahat, maka nama suaminya turut menjadi jahat. Isteri yang baik tidak akan sesekali melakukan hal terkutuk itu, jaga nama baik suami dan diri sendiri.

Kadang kala seorang isteri tidak sedar akan kesalahan yang dilakukannya, terkuat sedikit suara pada suami, tinggikan suara, itu dah derhaka namanya, tetapi ramai isteri ambil mudah akan hal tersebut.

isteri cantik

Perkongsian ‘tips 7 ‘C’ sebab suami benci isteri’  berikut ini sangat baik dijadikan sebagai renungan agar keharmonian rumahtangga dapat dijaga dan sebagai renungan bersama. Tips ini adalah kebiasaan sikap seorang isteri yang amat buruk pada pandangan seorang suami dan tidak sewajarnya keluar dari mulut isteri.

Harus diingat, suami sangat pantang dicabar. Cubalah dan kesan buruk pasti berlaku. Semoga memberi manfaat dan dapat diambil pengajaran untuk kita semua.

1 Cabar

Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Lelaki paling tidak suka dan paling benci apabila dirinya dicabar, lagi-lagi apabila isterinya sendiri yang mencabarnya. Oleh itu isteri harusnya berwaspada apabila berkata-kata, jika anda mencabarnya, silap haribulan anda pula yang menyesal di kemudian hari.

Isteri, apabila bergaduh dengan suami mulalah kata, “Kalau awak berani cubalah (cabar suami cerai)!”

2 Cabul

Perbuatan dan kata-kata isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti mengeluarkan kata-kata yang tidak baik pada mertua mahupun suami. Seharusnya seorang isteri cuba untuk tidak mengeluarkan kata-kata kesat kepada suami agar tidak pula nanti menjadi isteri dehaka.

Baca Juga  16 Tips Untuk Jadi Manusia Bijak Dari Professor Ungku Aziz

3 Celupar

Muka tidak cantik itu tidak mengapa, jangan saja mulut puaka, celupar mengata orang sana sini, sepertinya dirinya sahaja yang baik. Suami tidak menyukai isterinya bermulut celupar, ini kerana isteri itu cermin bagi suaminya. Jika isteri berperangai jahat maka suaminya juga turut mendapat malu.

4 Comot

Isteri sepatutnya berhias depan suami, bukan hendak keluar baru hendak mekap cantik-cantik dan pakai bau wangi-wangian, tetapi bila dirumah muka pucat dan badan tidak berbau wangi.

5 Cemburu

Cemburu itu perlu, tetapi biarlah berpada-pada, jangan sampaikan suami merasa rimas pula. Sikit-sikit nak cemburu, suami pandang bibik sebelah rumah pun isteri nak cemburu. Jika lama-lama perangai berterusan seperti itu, takut nanti suami jadi rimas dan mudah bosan.

6 Cerewet

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapan. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Sangat tak suka.

7 Cincai

Suami mana yang suka lihat isteri buat kerja rumah cincai-cincai saja bukan? setidak-tidaknya sebagai isteri harus la menjaga makan dan minum suami dengan baik dan menguruskan anak dengan baik. Sebab tu suami tak kisah isteri tidak cantik asalkan pandai buat kerja dan amanah dalam melakukan kerja rumah.

Walau bagaimanapun tolak ansur sesama suami isteri amatlah penting dalam rumahtangga, jika isteri seorang yang degil, suami harusla menegur dengan baik supaya isteri dapat menerima teguran dengan hati yang terbuka.

Semoga memberi manfaat manfaat kepada semua ya!

Hashtag: Cintasuami

Artikel Berkaitan

tips fesyen perut buncit

7 Tips Fesyen Bagi Menyembunyikan Perut Buncit

19/01/2021
punca bibir jadi hitam

5 Punca Sebab Bibir Anda Jadi Hitam

15/01/2021
kedai buku sichuan

Reka Bentuk Dalaman Kedai Buku Ini Seperti Asrama Hogwarts Dalam Filem Harry Potter

24/11/2020
Ilustrasi - Foto: Unsplash.com

Lelaki Suka Curang Berpotensi Untuk Mati Lebih Awal – Kajian

20/11/2020
Kerjalah Bukannya Menganggur Dan Menjadi Beban Orang Tua

Kerjalah Bukannya Menganggur Dan Menjadi Beban Orang Tua

11/11/2020

Hidup Didunia Hanya Sementara, Janganlah Kita Menyakiti Orang Lain

06/11/2020

Komen?

Popular minggu ini

  • maksud mimpi dicurangi pasangan

    Mimpi Dicurangi Pasangan, Apa Maksud Sebenarnya?

    138 perkongsian
    kongsi 138 Tweet 0
  • Sebab Kenapa Lelaki Ramai Yang Jatuh Di Tangan Wanita Janda

    21880 perkongsian
    kongsi 21880 Tweet 0
  • Jenis-Jenis Perempuan Yang Manja

    18265 perkongsian
    kongsi 18265 Tweet 0
  • Inilah Sebab Seseorang Menjadi Andartu Atau Bujang Terlajak

    928 perkongsian
    kongsi 928 Tweet 0
  • Tak Perlu Kejar Orang Yang Tidak Mencintaimu, Tetapi Hargai Orang Yang Mencintaimu Dengan Penuh Kasih

    0 perkongsian
    kongsi 0 Tweet 0
Aliff Channel
  • Dasar Privasi

Copyright © 2021 • aliffchannel.com All Right Reserved

Tiada
Lihat semua
  • Utama
  • Hubungan
  • Gaya
  • Teknologi
  • Kesihatan
  • Sains
  • Inspirasi
  • Pengiklanan

Copyright © 2021 • aliffchannel.com All Right Reserved