Di dunia ini, jenis-jenis orang ini sangat banyak. Tidak semuanya baik, tidak semuanya buruk. Jenis orang yang baik sangat disukai. Orang jahat kadang-kadang membuatkan jadi pening dan malah tekanan stres.
Rileks, jangan pening dahulu atau stres! Kehidupan anda adalah kehidupan anda, bukan mereka. Jadi, sangat bodoh untuk jenis orang berikut.
1. Orang yang meremehkan kemampuan anda
Pernah tak anda berjumpa dengan seseorang yang tidak pernah mempercayai kebolehan anda? Selalu merendahkan diri anda atau menurunkan kemampuan anda? Anda tidak harus meletakkan kata-kata mereka yang meremehkan anda ke dalam hati. Tiada manusia yang sempurna. Setiap orang dapat melakukan apa saja, selama mereka mahu bekerja dan mencari rezeki yang halal.
2. Orang yang selalu menyindir apa yang anda lakukan
Pernah tak berjumpa orang yang hobinya, body shaming? Atau pernah tak berjumpa orang yang selalu memberi komen negatif tentang diri anda? Tak perlu pening kepala! Selama sindiran mereka tidak berasaskan logik akal dan tidak bermanfaat, abaikan saja.
Banyak lagi hal yang positif yang perlu anda jalani, bukan hanya mendengarkan sindiran yang mengutuk mengenai diri anda. Untuk catatan, jika sindiran mereka adalah memang kenyataan dan betul, anda harus terima dengan hati yang terbuka. Selagi, cara penyampaian mereka sopan dan tidak menghina harga diri anda. Kenapa tidak?
3. Orang yang selalu memanfaatkan kebaikan anda
Hanya datang ketika dia memerlukan anda, tetapi menghilang ketika anda memerlukan. Manusia jenis ini memang ada! Atau sudah jadi satu bentuk ketagihan dan jadi tidak mahu berusaha? Malah, memanfaatkan kebaikan anda pula. Anda harus lebih berhati-hati siapa yang anda benar-benar harus bantu.
4. Orang yang suka membanding-bandingkan nilai diri anda
Manusia itu unik. Tiada yang sama, sekalipun manusia kembar seiras. Pasti ada saja bezanya, contoh dari cap jari. Jadi, jangan pedulikan orang yang suka membanding-bandingkan nilai diri anda, ya. Juga berhentilah membanding-bandingkan diri anda sendiri dengan orang lain. Cukup sekadar anda bangga pada diri dan pencapaian anda sendiri.
5. Orang yang selalu mengungkit-ungkit keburukan anda
Masa lalu yang kelam memang begitu menyakitkan. Pernah tak, ada orang yang selalu mengaitkan kesalahan adalah akibat dari perbuatan di masa lalu? Anda benar-benar tersinggung dan sedih kan? Ketika anda sedang berusaha untuk ‘move on’ dari keburukan masa lalu, ada orang-orang yang merosak usaha anda. Jalani saja kehidupan menuju ke hadapan. Masa lalu hanya menjadi pelajaran, bukan penyesalan.
6. Orang yang suka berborak bahasa kesat dengan anda
Tutup telinga anda rapat-rapat ketika ada yang berbicara kasar kepada anda. Kerana, itu tidak baik, terutama untuk kesihatan mental anda. Dan juga jangan sekali-kali anda melontarkan kata-kata kasar kepada orang lain. Hormati satu sama lain kerana perkataan itu bukan seperti menaip di telefon yang anda boleh ubahsuai kembali. Perkataan tidak akan dapat ditarik balik lagi jika sudah terucap. Jadi, berfikirlah secara matang sebelum berbicara, ya.
7. Orang yang membenci anda
Jika anda memang bukan jenis orang yang banyak musuh. Tetapi, pasti ada saja orang-orang yang benci terhadap anda. Mungkin benci kerana iri hati atau alasan apapun. Ketika ada mereka yang membenci, berusahalah untuk ‘buat bodoh je’. Kerana jika anda peduli, itu akan menyusahkan diri anda dan pastinya tiada keuntungan buat anda. Tak perlu pening kepala memikirkan perkara yang tak perlu.
Jadi, bagaimana? Pernah menjumpai 7 jenis orang diatas ini? Bersikaplah ‘buat bodoh je’. Tetap semangat!