Masalah berat badan adalah salah satu masalah yang sering ditakuti oleh semua orang, ada yang takut gemuk tapi tidak pandai untuk mengawal selera makan. Itu memang satu masalah besar.
Kadang-kadang sudah mencuba pelbagai cara untuk turunkan berat badan namun masih juga tidak mampu menurunkan berat badan yang dikendaki. Mengapa begitu? Adakah ada salah pada cara pengawalan makanan ketika diet?
Jangan anda tidak tahu ya, ada satu cara yang sangat mudah sebenarnya jika anda benar-benar ingin menurunkan berat badan anda, iaitu diet dengan cara memakan telur. Telur? Bagaimana terur mampu untuk menurunkan berat badan?
Diet Telur Rebus merupakan salah satu diet yang boleh diamalkan jika anda ingin menurunkan berat badan sehingga 10kg dalam masa dua minggu sahaja.
Ahli diet Jill Corlene menjelaskan telur adalah pilihan makanan terbaik dan sihat untuk sarapan kerana ianya membantu dalam proses penurunan berat badan.
Tahukah anda, telur mampu membuat perut kenyang lebih lama kerana ia merupakan sumber protein dan serat yang sihat. Selain itu diet telur rebus sendiri boleh meningkatkan metabolisme tubuh dan membakar lemak dengan cepat.
Paling penting, jika anda mengamalkan diet sihat lain selepas berhenti melakukan diet telur rebus, berat badan tidak akan meningkat mendadak.
Ini cadangan menu sepanjang tempoh 2 minggu;
Isnin
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: 2 potong sweet potato dan 2 biji epal
Malam: 1 pinggan salad dan ayam panggang
Selasa
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: sayuran hijau dan salad ayam
Malam: sepinggan salad, sebiji oren dan 2 biji telur rebus
Rabu
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: 2 keping keju rendah lemak, 1 tomato dan 1 sweet potato
Malam: Salad dan ayam panggang
Khamis
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: Semangkuk buah-buahan potong (pisang, tembikai, kiwi, oren)
Malam: Salad dan ayam stim
Jumaat
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: Sayur rebus dan 2 biji telur rebus
Malam: Salad dan ikan panggang
Sabtu
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: Buah-buahan
Malam: Sayur dan ayam stim
Ahad
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: Salad tomato, sayur stim dan ayam panggang
Malam: Sayur stim
Namun begitu, anda haruslah menitikberatkan perkara lain dan mengikuti pantang ketika menjalani diet ini iaitu
– Minum air kosong 8 hingga 10 gelas setiap hari.
– Lakukan senaman ringan setengah jam setiap pagi.
– Tidak makan makanan segera.
– Kurangkan pengambilan garam dan gula.
Jika anda inginkan berat badan dan bentuk badan idaman, anda harus beekorban demi memilikinya. Ada yang tidak tahan walau sehari, mula makan seperti biasa. Jangan menyesal dikemudian hari ya! Makan telur bukan suatu yang susah pun ikut saja jadual pemakanan ini dengan betul, dan kawal pemakanan anda, anda pasti akan rasa puas hati dengan keputusan nya nanti.
Sumber: Sinar.fm