Sebut saja tentang duit, pastinya ia adalah masalah besar buat sesetengah orang, bukan semua orang berpeluang untuk rasa hidup mewah. Ada yang terpaksa mengikat perut demi menyimpan duit.
Tetapi yang pelik, ada yang menyimpan angan-angan hingin hidup senang tetapi tidak menyimpan, malah suka berbelanja mengikut hati tanpa memikirkan barang apa yang perlu dan tidak perlu. Jika begitu bagaimana anda hendak merasa hidup senang?
Ada beberpa faktor mengapa anda rasa duit anda sentiasa tidak cukup dan tidak menajdi kaya walaupun anda cuba menyimpan. Jom kita lihat faktor-faktornya
1 Anda menyimpan tetapi tiada pendapatan lain
Sebaiknya jika anda ada duit sikit, melabur la kepada perniagaan lain, lakukan dua atau lebih pekerjaan. Jangan hanya mengharapkan satu kerja sahaja. Zaman sekarang kita perlu kerja lebih bagi menampung perbelanjaan harian.
2 Anda belum mula melabur
Salah satu cara yang paling berkesan untuk mendapatkan lebih banyak wang dari masa ke semasa adalah dengan melabur. Masa mula-mula kerja dah kena melabur. Jangan pula salah melabur sampai rugi beribu-ribu, periksa dahulu sama ada skim labur itu sah dan selamat ya.
3 Terlalu selesa dengan gaji yang ada
Jika boleh jangan harapkan gaji saja, perlu ada kerja sampingan lain. Sekurang-kurangnya tak la semput akhir-akhir bulan kan. Disamping itu anda boleh menyimpan dengan duit hasil part time tu.
4 Beli sesuatu yang anda tidak mampu
Jika sudah tahu gaji anda cukup-cukup makan, jangan pula hendak membelanjakan wang gaji anda dengan perkara-perkara yang tidak perlu. Sebaiknya buat perancangan ataupun senarai barang yang hendak dibeli, agar tidak ‘terbabas’ belanja pula ya.
5 Tidak berani keluar dari gua
Jika anda ingin berjaya dalam hidup, cuba keluar dari zon selesa anda. Cuba cari sesuatu yang baru yang boleh menambahkan lagi pendapatan anda. Jangan takut rugi, setiap percubaan memang bermula dengan kegagalan. Dan dengan pengalaman itu la yang akan mengajar kita erti kejayaan sebenar.
6 Tidak mempunyai matlamat dengan wang anda
Jika anda tiada matlamat dengan wang anda, anda akan berbelanja dengan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan apa yang perlu anda lakukan dengan duit anda.
7 Berbelanja dahulu baru menyimpan
Sebaiknya anda menyimpan dahulu baru pergi berbelanja,jika tidak pasti anda akn berbelanja duit tersebut. Mula-mula anda akan caka “tak apa, nanti ganti balik bulan depan”.
Bukan mudah hendak menjadi seseorang yang berjaya, namun ia bukan mustahil bagi seseorang yang bertekad untuk berjaya. Jika anda mahu hidup senang, atur perbelanjaan anda, dan cuba kelar dari zon selesa anda, cuba benda baru dan berani menyahut cabaran.