Para saintis menemui “Gumpalan Otak GANJIL” yang berusia ribuan tahun dan saat ia disentuh, ianya bergerak-gerak malahan seperti “hidup”. Banyak lagi spesis di dunia ini tidak akan pernah habis untuk dijelajahi dan diterokai.
Ada sahaja perkara dan kejadian baru yang berlaku setiap hari sehingga meninggalkan tanda tanya yang tiada jawapannya. Jangan kata orang biasa, pakar juga seringkali ditinggalkan dengan soalan yang tiada jawapannya.
Seperti yang berlaku di Kanada telah meninggalkan pelbagai tanda tanya kepada saintis tentang penemuan ganjil yang ditemui di tasik negara itu.
Penemuan yang dimaksudkan ialah bryozoans, makhluk yang kelihatan seperti gumpalan otak telah ditemui di Lost Lagoon di Stanley Park di Vancouver, British Columbia.
Pada mulanya, kedua-dua penduduk dan saintis berasa bimbang dan binggung setelah melihat mahkluk ganjil itu.
GUMPALAN SEPERTI JELI
Kathleen Stormont dari Persatuan Ekologi Stanley Park memberitahu Courier Vancouver: Ia seperti jelly yang sudah tiga hari dibiarkan dan agak keras tetapi lembut seperti jeli. Selepas pemeriksaan menyeluruh terhadap gumpalan itu, mereka mendapati bahawa spesies tersebut adalah Bryozoans
Secara saintifik ia dikenali sebagai Pectinatella magnifica, ini adalah koloni organisma kecil yang terikat bersama dalam jisim yang berjalur dan gelatin.
WUJUD SEBELUM DINOSAUR
Malah, terdapat kira-kira 5,000 spesies yang masih ada. Mereka sebenarnya telah wujud selama ratusan ribu tahun, jauh sebelum dinosaur dikatakan wujud di bumi.
Stormont menambah:
Mereka adalah koloni organisma kecil yang suka bersama. Mereka mempunyai keturunan yang sangat kuno yang tidak berubah selama ratusan ribu tahun. Nampaknya spesies bryozoans sedang membiak dan saintis tidak pasti mengapa ianya berlaku. Walau bagaimanapun, saintis percaya bahawa bryozoans ini telah berpindah ke arah barat dan mereka berasal dari Mississippi. Bryozoans juga ditemui di Tasik Okanagan.
FAKTA MENARIK MAKHLUK INI
Satu fakta yang menarik tentang makhluk ini ialah mereka ditemui dalam habitat dengan tiada atau sedikit tahap nutrien yang tinggi. Menurut Daily Mail, beberapa saintis percaya suhu global yang semakin tinggi mungkin memaksa organisme ini bergerak ke utara dari habitatnya yang luar biasa. Teori lain mengatakan bahawa mereka telah berada di Kanada, tetapi mereka sukar untuk ditemui. Mereka sukar dicari kerana mereka juga boleh menyamar.
Walau bagaimanapun, ahli ekologi percaya bahawa kemunculan makhluk seperti gumpalan ini dapat memberi penjelasan mengenai kepelbagaian spesies yang pelbagai dalam ekosistem. Lebih-lebih lagi, makhluk-makhluk ini dapat menimbulkan isu alam sekitar yang membuatnya tiba-tiba muncul di tempat-tempat yang tidak pernah dilihat sebelumnya.
Kesimpulannya, faktor pencemaran yang berlaku didunia menyebabkan berlakunya mutanisasi dan mewujudkan makhluk baru dan ini adalah akibat manusia itu sendiri yang tidak bertanggungjawab keatas kebersihan alam sekitar.
Sumber: Figuramalaya.net