Rasanya semua orang suka menontok televisyen bukan? Jika tidak sekalipun pasti yang suka habiskan masa dengan gadget yang serba canggih. Tetapi sejauh mana anda mengetahui bahawa dengan meluangkan banyak masa di depan televisyen boleh mengubah kehidupan anda?
Jika mengubah kepada kebaikan, itu tidak mengapa. Bagaimana pula jika mengubah kehidupan anda kepada perkara yang tidak pernah anda bayangkan?
Jangan fikir meenonton televisyen tidak memberikan kemudaratan kepada anda ya! Jika anda tahu pasti anda tidak menyangka bahawa menonton televisyen pun ada bahayanya
Obesiti
Berdasarkan pemantauan Departemen Nutrisi, Harvard, 50.000 remaja, setiap dua jam menonton televisyen mampu meningkatkan 23 peratus risiko obesiti.
Risiko kematian lebih tinggi
Kajian menunjukkan, jika anda terlalu kerap menonton televisyen, risiko kematian juga besar. Ini beerti kemungkinan jangka hayat anda menjadi pendek. Bahaya juga rupanya.
Mempengaruhi kesuburan lelaki
Pusat pendidikan Masyarakat Harvard pernah melakukan kajian, lelaki yang berusia 18-22 tahun yang kerap menonton televisyen boleh menyebabkan sperma mereka lemah, berbanding mereka yang melakukan aktiviti olahraga.
Risiko mendapat kanser usus besar
Kajian pernah dibuat pada tahun 2014 yang dimuat naik dalam Jurnal Onkologi Klinis Amerika Syarikat, Jika anda terlalu terdedah dengan televisyen, risiko untuk anda mendapat kanser usus sangat besar. Oleh kerana itu anda disarankan melakukan aktiviti lain selain hanya menonton televisyen saja.
Banyak juga kesan yang tidak terduga, selama ini kita fikir ini tidak akan menjejaskan apa-apa dan tidak akan membawa kepada masalah besar.
Sumber: Brilio.net