Sewaktu kita berkerja, kita pasti merasa kesukaran bila berhadapan dengan situasi yang tidak menyenangkan. Ini berlaku disebabkan bebanan kerja yang padat dan kurangnya komunikasi dengan orang atasan. Keadaan seperti ini mempengaruhi kebahagiaan diri sendiri.
Namun, tahukah anda kebahagiaan dapat meningkatkan kejayaan dalam kerjaya? Memetik U.S. News & World Report, berikut bagaimana bahagia memberi tuah pada keadaan kewangan anda:
1. Bahagia membantu anda membuat keputusan lebih baik
Bila seseorang bahagia, dapat dikenalpasti ini mempengaruhi seseorang dalam membuat keputusan dalam hidup. Tidak terkecuali hasil pendapatan. Co-Founder Millennial Wealth, Chad Rixse menyebutkan kebahagiaan membantu seseorang membuat keputusan cerdas berkaitan dengan kewangan.
“Dengan bahagia, kita menjadi tidak terburu-buru dalam mengambil keputusan. Namun, lebih penting mempertimbangkan kebahagiaan kita nanti dan hasil yang akan kita peroleh itu,” jelasnya.
2. Bahagia dapat meningkatkan pendapatan
Orang yang rasa bahagia dengan pekerjaannya akan sentiasa bekerja lebih baik sesuai arahan yang ada. Kreativiti dan inovasi sentiasa untuk dilakukan. Dengan prestasi yang baik dalam perusahaan, hal ini menjamin masa depan anda lebih cerah.
3. Bahagia menciptakan peluang baru
Orang yang bahagia akan selalu senang untuk berbicara dan berhubungan secara langsung dengan orang-orang baru. Secara tidak langsung, membuka peluang unik secara bertahap untuk anda di kemudian hari. Kerjasama dalam banyak perkara sangat mungkin muncul dalam saat ini.
4. Bahagia dapat kurangkan hutang
Hutang kadang-kadang didatangi dengan perasaan stres, gagal, dan perkara yang kita anggap memalukan. Akan tetapi berbeza jika anda dapat secara efektif mengubah suasana hati anda.
Dengan suasana hati yang baik, berbanding meningkatkan hutang, anda akan lebih berusaha dan berfikit bagaimana untuk menambahkan pendapatan dari jumlah wang yang diperolehi sekarang. Dalam hal ini, adalah dengan menghasilkan pendapatan di luar pekerjaan utama.
5. Bahagia dapat menghindari keborosan
Ketika menghasilkan wang, ada menggunakannya untuk sesuatu yang kurang bernilai atau sia-sia. Dengan mood yang baik, anda akan terhindar melakukan hal yang sama. Anda dapat lebih bahagia dan lebih baik dalam proses pengurusan wang dan kerjaya.