Mungkin ada diantara kita yang kurang peka terhadap anggota badan kita, setiap satu anggota itu berhubung kait dengan sakit yang kita alami. Ianya adalah salah satu tindak balas anggota badan dengan sel sel dalam badan.
Untuk pengetahuan anda, tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda, anda perlu tahu tanda-tanda penting ini.
Mata
Mata bertindak balas dengan keadaan hati, Jika mata menjadi merah, itu bermaksud hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
Jika mata menjadi kabur pula, lagi-lagi sering berlaku pada waktu pagi, ia menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku. Dan jika keluar tahi mata, ia bermaksud fungsi hati anda sangat lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
Keluar air matapula menunjukkan gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja, manakala Ketegangan mata dan kelopak bermaksud tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
Hidung
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong, anda mungkin pernah mengalami keadaan seperti ini.
Selesema: Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
Hidung sumbat: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Bersin: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Batuk
Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
Kerongkong
Kerongkong kering: Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
Sakit kerongkong: Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
Bibir
Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman, bibir pucat menunukkan Sistem penghadaman yang lemah. Perut mengandungi angin, dan Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.
Mulut dan lidah
Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
Lidah atau gusi bengkak, sakit menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi. Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan. Mulut berbau busuk,proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
Telinga
Berkaitan dengan buah pinggang.
Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
Kulit berpeluh
Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
Ruam dan bisul
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
Kulit ruam
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
Kulit pecah dan berair
Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
Rambut gugur
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
Sakit sendi, tangan dan kaki
Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
Kebas tangan:
Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
Kebas tangan kiri:
Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
Kebas kaki:
Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
Sakit tapak kaki:
Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
Sakit tumit kaki:
Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
Rasa panas tapak kaki:
Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
Gatal di celah kaki:
Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
Kepala
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
Pening dan sakit dibahagian depan kepala: Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
Pening dan dakit di bahagian belakang kepala:
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
Sakit kepala dan rasa gas keluar dari telinga: Menandakan penyakit migrain.
Bisul di kepala: Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
Rasa pening yang memusing: Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
Mulut/kerongkong/lidah
Loya: Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
Jika nada muntah darah pula, darah merah menunjukkan pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan darah hitam pula menunjukkan pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
Lidah rasa tegang dan pendek: Tanda sakit jantung.
Keluar air liur yang pekat: Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
Kencing
Kerap kencing menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran, air kencing berkapur menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
Air kencing bermiyak menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak. Air kencing pekat bewarna cokelat menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku. Air kencing berdarah pula menunjukkan penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
Buang air besar
Cirit birit: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.
Sembelit: Membersihkan toksin dari usus kecil.
Dan andainya najis anda berdarah,
Darah merah: Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
Najis bewarna hitam
Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
Badan
Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah. Pasti anda pernah merasakan begini,
Sakit menyucuk: Proses menyeimbangkan urat saraf.
Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
Sakit menegang: Proses melancarkan pengaliran darah.
Rasa takut mengejut
Lemah fungsi buah pinggang dan tenaga batin lemah.
Cepat marah
Fungsi hati lemah dan tekanan darah tinggi.
Rasa bimbang dan takut
Ia menunjukkan sistem paru-paru anda yang lemah.
Rasa seronok dan bimbang tanpa sebab
Ini menunjukkan sistem jantung anda sangat lemah, selain itu juga ia memberi isyarat bahawa sistem saraf otak dalam keadaan lemah.Dan juga akan masalah pengaliran darah.
Suka berfikir dan berkhayal
Jika anda suka berkhayal dan berfikir, ada kemungkinan anda mengalami sistem penghadaman yang lemah.
Jika anda mengalami tanda-tanda diatas, percaya lah sebenarnya kesakitan tersebut berkait rapat dengan anggota badan kita. Dan sebab itu kita disarankan untuk menjaga anggota badan kita dengan baik.
Sumber: Sajaheboh.com