Sejauh mana kebenaran mengenai lelaki botak yang dianggap lebih setia dan seksi? Namun bukan semua wanita menyukai lelaki botak. Bagi sesetengah wanita ‘geli’ dengan lelaki botak, dan tidak kurang juga ada yang sangat menyukai lelaki botak, lebih seksi katanya.
Namun, sebuah kajian yang dijalankan baru-baru ini mendapati lelaki yang berkepala botak didapati lebih seksi, maskulin dan setia. Itu hanyalah satu kajian, mungkin bukan semua lelaki botak berpewatakkan menarik, lihat juga pada kesesuaiannya. Ada lelaki yang nampak lebih macho jika botak dan sebaliknya.
Kajian yang sama turut mendapati lelaki botak yang tidak memakai rambut palsu dan berasa malu dengan imej botaknya itu lebih berkeyakian dan dominan berbanding dengan lelaki yang mempunyai rambut.
Ini kerana, bagi mereka yang mempunyai rambut, pasti mahu kelihatan kemas setiap hari, dan jika rambutnya serabai, dia akan merasa rendah diri, berlainan pula dengan lelaki botak. Walaupun berkepala botak, namun mereka mampu bergaya segak!
Kajian yang dijalankan oleh Americamn Hair Loss Association ini mendedahkan bahaw 2/3 daripada lelaki akan mengalami masalah keguguran rambut sebaik usia mereka mencecah 35 tahun dan 85% lelaki akan kehilangan rambut dalam jumlah yang besar sebaik saja mereka mencecah usia 50 tahun.
Sebenarnya memang benar la lelaki botak ini nampak lebih tampan dan macho ya! Ini kerana penampilan mereka nampak lebih segar dan berkeyakinan tinggi.
Sumber: Taikotai.tv