Bersalin bukanlah sesuatu yang mudah, dan kesakitan yang dialami tidak akan dilupakan oleh para ibu-ibu. Tetapi ada petua-petua atau tips yang boleh anda belajar bagi mengetahu cara meneran yang sebenar.
Apabila proses bersalin tiba ke peringkat kedua (pushing stage), gesaan untuk meneran akan mula dirasai. Cara meneran yang betul sangat penting supaya tempoh masa untuk bersalin tidak lama dan berjalan lancar. Bagaimanapun, bagi ibu baru atau pertama kali melahirkan secara normal, ia mungkin agak sukar.
Ramai yang mengalami kesukaran untuk meneran atau lebih tepat, tidak pandai meneran bagi memastikan bayi dapat dikeluarkan tanpa menggunakan sebarang alat bantuan kelahiran. Lebih-lebih lagi, setelah bergelut dengan kontraksi yang semakin kerap dan lama, anda boleh jadi keliru.
Cara meneran yang betul semasa bersalin ialah seperti berikut:
Angkat kepala sehingga dagu mencecah dada.
Mata memandang ke arah perut.
Tangan pegang pergelangan kaki.
Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran. Simpan tenaga untuk meneran
Jangan sesekali angkat punggung agar luka tidak menjadi besar.
Tarik nafas dengan dalam dan teran seperti keadaan membuang air besar.
Pastikan anda tidak mengeluarkan nafas dengan kuat.
Teran sekuat-kuatnya selama yang boleh selama 10 saat
Rehat dan relaks ketika kontraksi tiada. Basahkan bibir dengan air dengan bantuan suami.
Curi nafas dan teruskan meneran di setiap kontraksi.
Dengar arahan jururawat dan doktor.
Elakkan menjerit-jerit supaya pembaziran tenaga dapat dielakkan.
Buat ibu yang pertama kali mengandung dan melahirkan, jadikan pengalaman pertama ini mudah dengan bantuan-bantuan dan tips yang disediakan, agar anda tidak merasa tertekan dan resah apabila tiba hari melahirkan.
Tenangkan fikiran anda dan isthgfar banyak-banyak kepada ALLAH S.W.T dan minta untuk dipermudahkan segala urusan anda. Amalkan bacaan ayat al-quran yang disarankan agar memudahkan lagi proses beranak.
Sumber: MajalahPaMa.my