Sesiapa sahaja sukakan buah tembikai bukan? Buahnya yang manis dan mampu memikat sesiapa sahaja yang memakannya. Bukan sahaja rasanya yang sedap, tetapi buah tembikai juga mempunyai manfaat yang besar kepada sesiapa yang memakannya.
Tahukah anda buah tembikai mampu menjauhkan anda dari masalah kolestrol, jantung, kanser dan sembelit? Pastinya setiap ciptaan ALLAH S.W.T itu bukan yang sia-sia. Setiap satu mempunyai kelebihan dan kebaikan buat manusia.
Jika anda tidak gemar memakannya begitu sahaja, anda juga boleh kisar buah tembikai dan jadikannya jus. Mari kita lihat apa kelebihan yang anda dapat jika anda gemar memakan tembikai.
Mengurangkan Berat Badan
Salah satu jus yang membantu menurunkan berat badan ialah jus tembikai. Menambah secubit serbuk lada hitam akan membantu menurunkan kalori lebih cepat. Mudah bukan? Tidak perlu beli produk mahal-mahal nak kuruskan badan, cukup dengan mencuba kaedah ini anda mampu turunkan berat badan anda.
Mengawal Kolesterol
Jika anda mempunyai kolesterol tinggi, pengambilan jus tembikai dengan tambahan lada hitam akan membantu badan meningkatkan kandungan cholesterol baik (HDL).
Menghindari Kanser
Tembikai mengandung antioksida yang dipanggil likopen. Antioksida ini bakal menolong menghancurkan beberapa sel kanser dalam kelenjar prostat.
Mengelak Serangan Jantung
Tembikai mempunyai kandungan asid folik yang cukup untuk badan. Asid folik membantu melancarkan pengaliran darah ke jantung hingga mengelak berlakunya masalah pada jantung.
Kurangkan Lebihan Cecair Dalam Badan
Tembikai merupakan salah satu diantara buah-buahan yang berbentuk diuretik yang menolong menyingkirkan cecair berlebihan pada badan. Jus ini begitu baik untuk wanita pada masa haid.
Mengatasi sembelit
Sembelit seringkali menyeksakan usus kita. Namun, gabungan jus tembikai serta serbuk lada hitam boleh membantu melancarkan pencernaan.
Selain manfaat diatas, antioksida dalam jus tembikai boleh kurangkan pengumpulan racun dalam badan. Keadaan ini boleh kurangkan risiko diserang asma. Ternyata tembikai mampu memberi manfaat yang banyak pada badan kita.
Sebenarnya terdapat banyak tips yang boleh dikongsikan bagi mengurangkan berat badan secara alami. Tetapi jarang sekali kita mendengar bahawa tembikai juga mampu memberi impak yang besar dalam mengurangkan kolestrol.
Amalkan dengan kerap agar mendapat hasil yang diinginkan
Sumber: Petuaibu.com