Apa yang menyeronokkan bagi wanita adalah apabila dia boleh berjimat cermat dengan barang keperluan mekap mereka. Mereka yang bijak tahu apa hendak dilakukan apabila barang mekap mulai kehabisan.
Biasanya akan habis dekat dengan hujung bulan, dan ketika itu ada yang kesempitan duit dan tidak boleh gantikan alat mekap lama dengan yang baru, dalam masa yang sama mereka memerlukanya untuk teruskan kehidupan seperti hari-hari biasa tanpa memikirkan mereka akan keluar rumah tanpa mekap.
Sebenarnya memang ada wanita yang hidupnya sehari pun tidak boleh jika tidak bermekap, baginya mekap itu sudah sebati dengan dirinya. Bagaimana untuk anda berjimat cermat dalam penggunaan barangan mekap anda? Jom kita lihat tips berguna ini.
Gunakan tisu tandas untuk lap minyak pada wajah
Tisu tandas biasanya lebih tebal berbanding dengan tisu kecantikan biasa. Letakkan pada bahagian yang berminyak dan gosok. Jangan gosok dengan kuat ye!
Tips ini sesuai untuk kulit yang berminyak. Jangan pula kamu gosok dengan sangat kuat, nanti lain pula jadinya.
Bedak tabur untuk gincu tahan lebih lama
Setiap kali lepas makan perlu baiki gincu, sudah pasti merimaskan bukan? Untuk gincu lebih tahan lama, anda boleh letakkan sedikit bedak tabur semasa anda menggunakan gincu.
Bekas lama jangan dibuang, anda boleh gunting dan lihat isi dalamnya
BB Cream, CC Cream atau Foundation anda sudah habis? Anda pasti? Cuba gunting dahulu dan lihat ke dalamnya. Tips ini sudah pasti mampu menjimatkan anda.
Eyeliner putih sebagai eyeshadow base
Anda tak ada eyeshadow base? Kehabisan eyeshadow base? Tahukah anda bahawa eyeliner putih juga boleh digunakan sebagai eyeshadow base. Cubalah!
Maskara Kering? Letak ubat titis mata
Maskara kegemaran anda kekeringan? Cuba letakan sedikit ubat titis mata ke dalam maskara anda. Sudah pasti anda boleh gunakan semula.
Ubah Gincu matte menjadi glosy
Anda perlukan lips gloss? Anda hanya miliki gincu matte? Letakkan sedikit baby oil selepas anda menggunakan gincu matte anda.
Ramai wanita tidak tahu akan kaedah ini, selamat mencuba ya!
Sumber: Siakapkeli.my